Siti Nur Shafina Shawalludin
Guest
|
Post by Siti Nur Shafina Shawalludin on Oct 4, 2016 16:30:18 GMT
Asalamualaikum Suliana, sy amat bersetuju dengan pendapat anda mengenai seni dan budaya yang terdapat di Malaysia. Malah, kebanyakkan karya seni di Malaysia mempunyai unsur-unsur budaya daripada pelbagai kaum, etnik dan bangsa. Ini merupakan kesan daripada penghijrahan pedagang luar ke tanah air kita. Namun, ini memberi kesan yang positif kepada masyarakat di Malaysia yang melambangkan keharmonian dan kemakmuran. Kesan budaya dan seni di Malaysia kebanyakkannya berunsurkan kesan daripada penghijrahan dari negara luar. Sebagai contoh, terdapat tarian tradisional, unsur rekaan arkitek di bangunan/masjid dan sebagainya. Antaranya, kuda kepang yang berasal daripada tanah jawa yang dibawa masuk ke Malaysia. Malah, memberi kesan kepada penduduk tempatan di sini terutamanya di Johor. Masyarakat Johor masih lagi mengamalkan tarian kuda kepang. Tarian kuda kepang banyak dipersembahkan di majlis perkahwinan. majlis keramaian dan sebarang aktiviti kebudayaan. Terdapat juga golongan masyarakat Baba dan Nyonya dan Anak Peranakan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang budaya. Kesan budaya luar banyak mempengaruhi budaya kehidupan setempat masyarakat di Malaysia. @dumpster.my merupakan salah satu contoh ruang bagi pengkarya seni melakarkan karya seni yang berunsurkan budaya. Budaya masyarakat dapat dilihat dalam karya seni daripada artis seni yang melibatkan diri dalam DUumpster. Antaranya, Kide Baharudin, Lina Tan dan Mohamad Nazrin yang menyampaikan unsur/elemen budaya melalui seni. Sebagai contoh, Jejak Tun Razak (Mohamad Nazrin) yang melambangkan Jalan Tun Razak yang terdapat di Kuala Lumpur. Kebanyakkan karya seni yang diilhamkan oleh kesemua artis seni ini berunsurkan budaya, masyarakat dan kehidupan di Kuala Lumpur. Ini boleh dijadikan sebagai salah satu titik usaha pengkarya seni dalam meningkatkan nilai estetik dalam sesebuah karya. Disamping itu, kandungan budaya dapat disampaikan kepada masyarakat majmuk.
|
|
Siti Nurulhuda Raja Azmi
Guest
|
Post by Siti Nurulhuda Raja Azmi on Oct 6, 2016 14:11:22 GMT
Asalamualaikum Suliana, sy amat bersetuju dengan pendapat anda mengenai seni dan budaya yang terdapat di Malaysia. Malah, kebanyakkan karya seni di Malaysia mempunyai unsur-unsur budaya daripada pelbagai kaum, etnik dan bangsa. Ini merupakan kesan daripada penghijrahan pedagang luar ke tanah air kita. Namun, ini memberi kesan yang positif kepada masyarakat di Malaysia yang melambangkan keharmonian dan kemakmuran. Kesan budaya dan seni di Malaysia kebanyakkannya berunsurkan kesan daripada penghijrahan dari negara luar. Sebagai contoh, terdapat tarian tradisional, unsur rekaan arkitek di bangunan/masjid dan sebagainya. Antaranya, kuda kepang yang berasal daripada tanah jawa yang dibawa masuk ke Malaysia. Malah, memberi kesan kepada penduduk tempatan di sini terutamanya di Johor. Masyarakat Johor masih lagi mengamalkan tarian kuda kepang. Tarian kuda kepang banyak dipersembahkan di majlis perkahwinan. majlis keramaian dan sebarang aktiviti kebudayaan. Terdapat juga golongan masyarakat Baba dan Nyonya dan Anak Peranakan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang budaya. Kesan budaya luar banyak mempengaruhi budaya kehidupan setempat masyarakat di Malaysia. @dumpster.my merupakan salah satu contoh ruang bagi pengkarya seni melakarkan karya seni yang berunsurkan budaya. Budaya masyarakat dapat dilihat dalam karya seni daripada artis seni yang melibatkan diri dalam DUumpster. Antaranya, Kide Baharudin, Lina Tan dan Mohamad Nazrin yang menyampaikan unsur/elemen budaya melalui seni. Sebagai contoh, Jejak Tun Razak (Mohamad Nazrin) yang melambangkan Jalan Tun Razak yang terdapat di Kuala Lumpur. Kebanyakkan karya seni yang diilhamkan oleh kesemua artis seni ini berunsurkan budaya, masyarakat dan kehidupan di Kuala Lumpur. Ini boleh dijadikan sebagai salah satu titik usaha pengkarya seni dalam meningkatkan nilai estetik dalam sesebuah karya. Disamping itu, kandungan budaya dapat disampaikan kepada masyarakat majmuk. Assalamualaikum.. Memang menarik kepelbagaian yang wujud dalam negara kita. Pertembungan budaya mewujudkan lebih banyak lagi kepelbagaian yang tiada had dan sempadan sehinggakan Malaysia menjadi sebuah negara yang sangat memberi inspirasi kepada dunia luar. Kekayaan budaya kita bukan sahaja boleh dilihat dr segi seni visual dan seni persembahan seperti kuda kepang dan sebagainya, malahan seni kulinari kini berkembang pesat mewujudkan lebih banyak idea masakan dan hidangan yang telah menggabungkan beberapa budaya di Malaysia sehinggakan kadang kala kita sukar untuk mengkelaskan dari bangsa mana asalnya sesuatu jenis makanan itu. Idea yang hadir daripada pertembungan budaya di bumi bertuah ini telahpun diperkatakan di pelusuk dunia. Diperakui oleh Anna Olsen, chef terkenal antarabangsa dengan rancangan masakannya sendiri, negara kita merupkan negara Asia yng paling hebat dalam memberikan inspirasi kepada beliau. Konsep budaya ini sangat luas dan ianya tidak terhad. Budaya dicerminkan melalui seni bukan hanya dari segi visual, malah dr segi persembahan, keperilakuan, pemakanan, dan banyak aspek lain lagi. Sesungguhnya saya berbangga berada di negara yang kaya dgn budaya. Tugas kita hanya satu, pelihara kedaulatan dan keamanan yang ada agar kepelbagaian akan terus membawa impak positif dalam kehidupan.
|
|
Ahmed Waliyuddin Basri
Guest
|
Post by Ahmed Waliyuddin Basri on Oct 6, 2016 15:09:42 GMT
Salam. Budaya, adalah bukti kewujudan sesebuah kaum. Kita sedia maklum bahawa masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan mewarisi warisan budaya yang tersendiri. Sebagai contoh, terdapat perbezaan antara tarian, muzik, bahasa dan dialek, pakaian, makanan, permainan dan lain-lain yang diamalkan oleh sesebuah kaum di Malaysia.Dalam masyarakat tradisional,tarian hanya dipersembahkan sewaktu majlis keramaian sahaja. Walaubagaimanapun, hari ini tarian juga digunakan untuk mereka yang ingin bersenam secara sihat. Hal ini kerana seni tarian juga telah diubah suai mengikut perkembangan semasa. Tarian-tarian tradisional amnya akan diiringi dengan alatan muzik tradisional seperti gambus, seruling, konga, erhu dunhuang dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung mempratikan pemuzik untuk mempelajari alatan muzik kaum lain. Jadi dengan adanya pelbagai alatan muzik tradisional daripada kaum yang majmuk, maka secara tidak langsung masyarakat akan mengenali dan mempelajari teknik dan penggunaan alatan muzik tersebut dengan betul. Disamping itu juga, ini akan mencetuskan satu pertembung budaya. Hal ini kerana kemungkinan besar terdapat pemuzik dari kaum melayu yang bermain alatan muzik kaum lain seperti erhu dunhuang atau konga. Berbincang mengenai tarian tradisional, tarian juga mempunyai 'kuasa' yang tersendiri. Sebagai contoh tarian tradisional untuk merawat penyakit, memcerikan sesuatu kisah dan juga bertujuan untuk berzikir. Tarian zapin adalah salah satu tarian yang pada asalnya bersifat untuk berzikir kepada Allah dan Rasul. Tarian ini juga adalah salah satu tarian tradisional yang popular di Malaysia hingga ke hari ini. Pada kebiasaannya, tarian ini akan ditarian oleh kanak-kanak. Ini mungkin salah satu cara untuk memupuk minat kanak-kanak untuk mempelajari tarian tradisional ini. Perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya ianya sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yamen oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan untuk amalan berzikir demi menyebarkan pengetahuan agama Islam serta sejarah tamadun Islam. Hal ini jelas menunjukkan satu pertembungan budaya yang telah dicipta berasaskan dengan tarian. Oleh itu, bagi pendapat saya kita sebagai golongan muda yang akan mewarisi setiap aspek khusunya budaya dan adat seharusnya menggembleng tenaga agar budaya dan adat yang telah tercipta ini terus diamalkan agar tidak ditelah arus permodenan.
|
|
|
Post by Nur Farahin Adnan on Oct 6, 2016 16:43:03 GMT
Salam. Budaya, adalah bukti kewujudan sesebuah kaum. Kita sedia maklum bahawa masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan mewarisi warisan budaya yang tersendiri. Sebagai contoh, terdapat perbezaan antara tarian, muzik, bahasa dan dialek, pakaian, makanan, permainan dan lain-lain yang diamalkan oleh sesebuah kaum di Malaysia.Dalam masyarakat tradisional,tarian hanya dipersembahkan sewaktu majlis keramaian sahaja. Walaubagaimanapun, hari ini tarian juga digunakan untuk mereka yang ingin bersenam secara sihat. Hal ini kerana seni tarian juga telah diubah suai mengikut perkembangan semasa. Tarian-tarian tradisional amnya akan diiringi dengan alatan muzik tradisional seperti gambus, seruling, konga, erhu dunhuang dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung mempratikan pemuzik untuk mempelajari alatan muzik kaum lain. Jadi dengan adanya pelbagai alatan muzik tradisional daripada kaum yang majmuk, maka secara tidak langsung masyarakat akan mengenali dan mempelajari teknik dan penggunaan alatan muzik tersebut dengan betul. Disamping itu juga, ini akan mencetuskan satu pertembung budaya. Hal ini kerana kemungkinan besar terdapat pemuzik dari kaum melayu yang bermain alatan muzik kaum lain seperti erhu dunhuang atau konga. Berbincang mengenai tarian tradisional, tarian juga mempunyai 'kuasa' yang tersendiri. Sebagai contoh tarian tradisional untuk merawat penyakit, memcerikan sesuatu kisah dan juga bertujuan untuk berzikir. Tarian zapin adalah salah satu tarian yang pada asalnya bersifat untuk berzikir kepada Allah dan Rasul. Tarian ini juga adalah salah satu tarian tradisional yang popular di Malaysia hingga ke hari ini. Pada kebiasaannya, tarian ini akan ditarian oleh kanak-kanak. Ini mungkin salah satu cara untuk memupuk minat kanak-kanak untuk mempelajari tarian tradisional ini. Perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya ianya sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yamen oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan untuk amalan berzikir demi menyebarkan pengetahuan agama Islam serta sejarah tamadun Islam. Hal ini jelas menunjukkan satu pertembungan budaya yang telah dicipta berasaskan dengan tarian. Oleh itu, bagi pendapat saya kita sebagai golongan muda yang akan mewarisi setiap aspek khusunya budaya dan adat seharusnya menggembleng tenaga agar budaya dan adat yang telah tercipta ini terus diamalkan agar tidak ditelah arus permodenan. Salam muhibbah. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.Kefahaman terhadap budaya yang menyokong masyarakat pelbagai etnik amat diperlukan untuk pembinaan masyarakat yang harmoni dan stabil.Oleh itu, perlunya pendedahan yang berunsurkan budaya majmuk seiring dengan imej Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum yang juga menyumbang kepada kekayaan hasil budaya di mana secara tidak langsung akan menjadi faktor kepada pertembungan budaya secara minoritinya. Hal ini pada dasarnya telah lama wujud disebabkan migrasi daripada luar Tanah Melayu sebelum kemerdekaan dicapai lagi. Secara tidak langsung, masyarakat menjadikan budaya persinggahan itu satu titik ikutan berikutan semasa penjajahan, mereka sangat terhad untuk memikirkan kepentingan budaya tersendiri memandangkan unsur keselamatan pada ketika itu lebih menjadi keutamaan. Selepas kemerdekaan contohnya, kehebatan empayar Melaka menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh dunia diakui sehingga digelar sebagai The Venice of the East. Zaman empayar Melaka ialah zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Zaman keagungan Melaka boleh dilihat daripada aspek pemerintahan, perdagangan, kependudukan dan kebudayaan. Seperti yang diketengahkan oleh Ahmed Waliyuddin, tarian juga mempunyai unsur pertembungan budaya. Hal ini bukan sahaja pada penggunaan peralatan, namun terdapat sesetengah tarian yang dipengaruhi dari segi rentak tarian. Contohnya, Zapin Melayu yang diadaptasi dari tarian Zapin Arab. Oleh yand demikian, Zapin Melayu lebih baragam dalam rentak gaya berbanding tarian Zapin Arab yang hanya satu ragam gaya sahaja.Pada pandangan saya, hal ini bersesuaian dengan keadaan sekeliling yang mengadaptasi setiap pembawakan pengaruh luar yang mungkin akan menambah lagi keunikan setiap budaya yang ada dengan pertembungan budaya yang berbeza namun masih boleh diterima masyarakat setempat khususnya di Malaysia.Keunikan sesuatu budaya bukan hanya bergantung kepada pembawakan sesuatu kaum, tetapi keharmonian di dalam mengaplikasikannya di dalam kehidupan masyarakat majmuk. Contoh yang paling mudah, masyarakat India dan China sudah mula mengenakan baju kurung manakala masyarakat Melayu juga sudah mula memakai kurti dan juga cheongsam tetapi dengan versi baharu yang sudah diubah suai pola bajunya bersesuaian dengan tuntutan agama masing-masing. Budaya tidak akan lupus sekiranya generasi sekarang sentiasa diasuh untuk lebih mencintai budaya seiring dengan pepatah Melayu yang memberi penegasan bahawa budaya itu sendiri tidak akan lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.
|
|
Sharil Shashila Shaari
Guest
|
Post by Sharil Shashila Shaari on Oct 6, 2016 17:13:30 GMT
Assalamualaikum. sebetulnya memang banyak tarian trasdisional yang terdapat di malaysia. Salah satunya adalah tarian kuda kepang yang kita ketahui famous atau terkenal dijohor.Saya sangat tertarik mngenai kuda kepang oleh kerana cara tariannya seperti yang ditunjukkan dalam cerita melayu. Kuda kepang adalah sejenis tarian tradisi yang dimainkan oleh masyarakat jawa .Tarian kuda kepang mempunyai pengaruh latar belakang Jawa yang jelas, bertepatan dengan sejarahnya yang menyatakan bahawa ia berasal dari Jawa Timur. Kuda kepang dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg. Ia dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini dan kekal hingga sekarang tanpa banyak pengubahsuaian. Untuk membuat satu persembahan, antara 20 hingga 25 orang diperlukan.“Sembilan adalah penari, lima pemuzik manakala selebihnya adalah “danyang”.Penari mengatur gerakan mengikut tempo muzik, Danyang adalah penjaga atau gembala kuda kepang yang menggunakan cemeti untuk mengawal gerak tari serta tingkah laku penunggang kudanya.Seterusnya,tarian kuda kepang ini dipersembahkan semasa Majlis Perkahwinan, Majlis Keramaian dan aktiviti kebudayaan. Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat beberapa orang penari akan naik syeikh (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat. Mereka yang “naik syeikh” ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman. Umpamanya, melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang “naik syeikh” , bunyi-bunyian pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut. Selain itu, kumpulan kuda kepang daripada sungai Nibong,johor iaitu Sinar Warisan yang mngelola tarian ini kepada masyarakat diMalaysia.Kata Naim Marjani, masayarakat perlu meneruskan warisan ini terutamanya generasi muda.
|
|
Siti Nur Shafina Shawalludin
Guest
|
Post by Siti Nur Shafina Shawalludin on Oct 9, 2016 12:32:26 GMT
klik link www.youtube.com/watch?v=_FrIninI0oIAsalamualaikum semua, sini saya kongsikan video Tari Seribu Tangan. Dimana saya tertarik untuk berkongsi video ini kerana keunikan gerak tari tangan oleh penari-penari Tari Seribu Tangan. Tari Seribu Tangan merupakan tarian tradisional masyarakat Thailand. Tarian ini dipengaruhi dengan elemen budaya agama Buddha. Untuk menghasilkan gerak tari tangan yang unik, tarian ini memerlukan 10-20 orang penari. Malah, setiap penari haruslah mempunyai kefahaman yang bagus mengenai 108 gerakan tarian yang terdapat dalam Tari Seribu Tangan. Selain itu, Tari Seribu Tangan ini juga diperkenalkan pada abad 14 di Acheh. Tarian Seribu Tangan ini juga dikenali sebagai Pok Ane ataupun Pok Ane juga merupakan mainanan tradisional masyarakat Acheh yang merupakan budaya masyarakat asli Gayo. Terdapat 5 jenis nyanyian yang mengiringi penari Tari Seribu Tangan iaitu regum, dering, redet lagu pendek, lagu yang dinyanyikan dengan nada tinggi dan salur lagu yang diulangi oleh penari. Keunikan yang diserlahkan dalam tarian ini dapat menyampaikan eleme-elemen budaya di Thailand. Ini membuktikan terdapat pengaruh budaya buddha dalam masyarakat Acheh yang mengamalkan tarian ini di negara Indonesia. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit input kepada kita dengan kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia mahupun Asia.
|
|
Muhammad Suffi Bin Yahaya
Guest
|
Post by Muhammad Suffi Bin Yahaya on Oct 9, 2016 13:13:43 GMT
Assalamualaikum. sebetulnya memang banyak tarian trasdisional yang terdapat di malaysia. Salah satunya adalah tarian kuda kepang yang kita ketahui famous atau terkenal dijohor.Saya sangat tertarik mngenai kuda kepang oleh kerana cara tariannya seperti yang ditunjukkan dalam cerita melayu. Kuda kepang adalah sejenis tarian tradisi yang dimainkan oleh masyarakat jawa .Tarian kuda kepang mempunyai pengaruh latar belakang Jawa yang jelas, bertepatan dengan sejarahnya yang menyatakan bahawa ia berasal dari Jawa Timur. Kuda kepang dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg. Ia dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini dan kekal hingga sekarang tanpa banyak pengubahsuaian. Untuk membuat satu persembahan, antara 20 hingga 25 orang diperlukan.“Sembilan adalah penari, lima pemuzik manakala selebihnya adalah “danyang”.Penari mengatur gerakan mengikut tempo muzik, Danyang adalah penjaga atau gembala kuda kepang yang menggunakan cemeti untuk mengawal gerak tari serta tingkah laku penunggang kudanya.Seterusnya,tarian kuda kepang ini dipersembahkan semasa Majlis Perkahwinan, Majlis Keramaian dan aktiviti kebudayaan. Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat beberapa orang penari akan naik syeikh (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat. Mereka yang “naik syeikh” ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman. Umpamanya, melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang “naik syeikh” , bunyi-bunyian pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut. Selain itu, kumpulan kuda kepang daripada sungai Nibong,johor iaitu Sinar Warisan yang mngelola tarian ini kepada masyarakat diMalaysia.Kata Naim Marjani, masayarakat perlu meneruskan warisan ini terutamanya generasi muda. Assalamualaikum WBT smua. Tarian yang berasal dari Jawa Timur ini juga merupakan salah satu tarian yang menarik perhatian saya juga. Rentak muziknya dan lenggok step tariannya juga adalah amat unik. Walaubagaimanapun, aktiviti-aktiviti seperti upacara-upacara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang masih diamalkan oleh penari-penari tarian kuda kepang ini, pada pendapat saya adalah amat tidak wajar. Pada dasarnya, Islam tidak menentang konsep kepelbagaian budaya malah ajaran Islam seiringan dengan konsep kepelbagaian budaya. Hal ini kerana ajaran Islam menyarankan tentang pentingnya untuk menghormati dan menghargai perbezaan-perbezaan yang ada dalam kalangan manusia. Dalam perspektif Islam, pendidikan berasaskan kepelbagaian budaya ini mempunyai prinsip demokrasi, kesetaraan, dan keadilan yang memang bersesuaian dengan ajaran Islam. Selain itu, kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. sebagai contoh, penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya adalah jelas dan tepat. Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Guru perlu membangunkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan supaya mereka boleh berinteraksi dan bekerja dengan berkesan bersama pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya, bahasa, dan etnik. Oleh itu, dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya.
|
|
|
Post by Nor Suliana on Oct 11, 2016 2:00:06 GMT
Hai Assalamualaikum, today i would like to share about Baju Kurung. Baju kurung is one of the most popular type of costume compared to the others. This type of costume is the national dress of Brunei and Malaysia.In Indonesia, it is one of the many regional dresses of this culturally and ethnically diverse country (especially on the island of Sumatra - where many ethnic Malays and Minangkabau women wear this). It can also be found in Singapore and Thailand. It is a form of costume that covers the body and looks presentable. Baju kurung associates to the more courteous and shy section of the Malay community. Furthermore, it covers the whole body, exposing the face and hands only, which which abides by the Islamic dress code.A baju kurung is a loose-fitting full length dress, consisting of a skirt and a blouse. The skirt is made from a long cloth with foldings on one side; called ‘ombak mengalun’. The blouse is collarless, has long sleeves, and extends to between the hips and knees. A woman will often wear a baju kurung with a headscarf (a tudung). A few variations of baju kurung include the baju kurung labuh, baju kurung moden, baju kurung cekak musang, baju kurung Kedah etc. Even though it has changed, its style still stays the same. The baju kurung is also worn by female non-Muslims (including Malaysia's ethnic Chinese, Indian and Native Bornean minorities). This can be partially due to the baju kurung being one of the approved dressing for female civil servants and one of the approved style uniforms for female school students.
|
|
Siti Nur Shafina Shawalludin
Guest
|
Post by Siti Nur Shafina Shawalludin on Dec 26, 2016 8:56:33 GMT
Assalamualaikum, sepanjang minggu kita banyak membicarakan isu budaya dalam masyarakat di Malaysia yang melibatkan daripada pelbagai kaum dan etnik. Antaranya, masyarakat Melayu, India, Cina dan etnik Sarawak dan Sabah. Ini merupakan contoh pengiklanan yang mempunyai makna yang tersirat dalam konteks budaya dan rutin harian dalam kalangan masyarakat kita.
Pada pandangan anda, apakah nilai-nilai budaya yang tersirat disebalik filem pendek ini? Amat menarik jika kita dapat berkongsi pendapat dan hujahan mengenai budaya di Malaysia.
|
|
Siti Nur Shafina Shawalludin
Guest
|
Post by Siti Nur Shafina Shawalludin on Dec 26, 2016 9:17:54 GMT
Salam semua, saya rasa ini boleh dijadikan kesimpulan untuk topik yang menarik yang telah dibentangkan oleh Farahin, Shila dan juga Waliyuddin. Malaysia itu sendiri mempunyai nilai budaya dan adat yang pelbagai. Contohnya, kepelbagaian jenis-jenis makanan mengikut kaum dan juga perayaan yang negara kita sambut. Terdapat pelbagai nilai murni dan elemen budaya dapat diterapkan dalam konteks pendidikan mahupun harian. Setiap kaum mempunyai nilai budaya dan adat yang masih di amalkan. Malahan, jika dinilai terdapat juga budaya dan adat yang mempengaruhi sesuatu adat. Sebagai contoh, dalam perkahwinan masyarakat melayu terdapat juga pengaruh budaya India seperti amalan berinai dan bersanding. Sedikit sebanyak asal-usul henna dalam konteks masyarakat : Asal tempat dari henna/mehndi sulit dikatakan karena seni ini telah berusia hampir 5000 tahun. Beberapa sejarahwan mengatakan bahwa bangsa Mogul lah yg membawa mehndi ke India tetapi sejarahwan lain mengatakan bahwa asal mula henna adalah India, sedang yang lain mengatakan bahwa asal mula henna adalah Timur Tengah atau Afrika utara, ada juga awalnya dari negara Mesir zaman Raja firaun dan Cleopatra digunakan untuk upacara upacara adat/memuja roh agung ada juga yg dugunakan sebagai obat dsb, yang jelas henna/mehndi ini dari zaman kezaman makin populer hingga menyebar ke seluruh dunia, termasuk Indonesia. Di India, henna/mehndi merupakan salah satu cara mempercantik diri selain pake make up atau perhiasan. Bisa dipake sehari-hari, atau megang peran penting dalam acara khusus seperti pernikahan/acara kehamilan yg ke 7 bulan. 2 atau 3 hari sebelum pernikahan dilangsungkan, mempelai wanita akan menghadiri pesta mehndi biasanya malam,yang diselenggarakan bersama keluarga dan teman.Tangan mempelai wanita akan dihias mehndi dari ujung jari sampai siku, dan di kaki dari ujung kaki sampai lutut. Nama mempelai laki laki akan ditulis secara tersembunyi di selasela ukiran cantik mehndi/henna yang dipasang dan akan dijadiin kuis permainan pencarian nama calonnya. Pada saat sebelum pernikahan dimulai diadakan permainan dimana mempelai laki laki harus menemukan lebih dulu dimana tulisan namanya disembunyiin sambil bernyanyi dan nari nari. Malam Henna Di Arab, Tradisi Malam Henna adalah tradisi pesta lajang, bila dibandingkan dengan budaya barat. Dalam malam ini, seluruh keluarga, sahabat, dan kerabat berkumpul di rumah masing-maisng mempelai untuk berpesta sehari sebelum pernikahan berlangsung. corak henna dalam pernikahan juga tergantung dengan kondisi, ada Henna malam juga henna siang, bagi para peserta perkawinan menggunakan henna sebagai simbol lahiriah dari partisipasi mereka dalam perayaan. biasanya pada hari jumat mereka mewarnai rambut nya dengan Henna dan tradisi ini juga di gelar pada saat idul fitri.
|
|
|
Post by Nor Suliana on Dec 30, 2016 4:10:12 GMT
Assalamualaikum, menarik perkongsian dari shafiena. Daripada perbentangan kumpulan Wali, Farah dan Sharil yang menyentuh tentang "Art and belief". Dalam menyumbang kepada perpaduan kaum, terdapat banyak aspek yang mempengaruhinya seperti cara pemakanan, sambutan perayaan, pemakaian tradisional dan pelbagai lagi. sy melihat perpaduan kaum di negara kita boleh terbentuk dgn kepelbagaian tradisi yang pada dasarnya mempunyai pengaruh yang kuat diantara satu sama lain. Nasi lemak adalah contoh makanan orang Melayu yg dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dan ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut dipelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan seperti kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.
Bagi kaum India pula terkenal dengan Putu mayam, iaitu sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi ataupun sebagai snek. Putu mayam diperbuat daripada adunan tepung beras yang dicampur dengan air dan santan kelapa yang kemudiannya ditekan ke penyaring untuk menjadikannya seperti mi halus. Selepas itu, ia akan dikukus dengan perahan air daun untuk dijadikan sebagai perasa. Setelah siap, mi itu akan dihidangkan bersama-sama parutan kelapa dan gula Melaka. Putu mayam adalah contoh makanan masyarakat India yang juga digemari oleh semua kaum di Malaysia.
Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia. Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus. Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Minuman iringan bagi kaum Cina ialah teh Cina dan manisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan kekacang.
|
|
|
Post by Nor Suliana on Dec 30, 2016 4:18:33 GMT
|
|
|
Post by Syarifah Adibah on Jan 4, 2017 14:49:00 GMT
Seni memainkan peranan penting dalam pembentukkan budaya sesuatu Negara. Kepelbagaian budaya di Malaysia menjadikan Negara kita unik dan berbeza. Pada pendapat saya, karya-karya seni yang dihasilkan oleh pelukis muda lebih bersifat “individualistic”. Pelukis muda lebih cenderung untuk menghasilkan karya yang moden dan mempunyai nilai komerisal yang tinggi berdasarkan budaya popular berbanding budaya tempatan. Sebagai contoh, karya seni daripada Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) yang diiktirafkan oleh sesetengah pihak sebagai “an expression of cultural values”. Karya seni APS lebih mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia sebagai teras kebangsaan dan menyatipadukan peminat seni lukis di seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa. Kemudian wujudnya Wednesday Art Group yang bertemakan “art as self-expression”. Antara pelukis Wednesday Art Group ialah Cheong Laitong, Patrick Ng Kah Onn, Jolly Koh, Antony Lau, Dzulkifli Buyong, IsmailMustam, Hajedar Abdul Majid, Mustapha Mahmud, Zakaria Noor, Ho Kai Peng, LiauSiat Moi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hon dan Abdul Halim Mat. Ini menunjukkan gabungan bangsa-bangsa di Malaysia dalam satu kumpulan seni dan menyampaikan mesej budaya tempatan dalam karya mereka. Contohnya karya daripada Dzulkifli Buyong, “Kapal Kertas” (1966), beliau telah menggambarkan suasana budaya tempatan di desa. Kanak- kanak di dalam gambar jelas memperlihatkan cirri-ciri kanak-kanak Melayu di perkampungan Melayu. Ianya ditonjolkan dengan pakaian tradisional baju kurung dan kertas akhbar bertulisan jawi di dalam karya tersebut. Ini menunjukkan kehadiran pelbagai bangsa dan budaya dalam kumpulan seni ini. Kumpulan ini mempamerkan tema tempatan dengan menyampaikan mesej alam dan budaya hidup bermasyarakat. Assalamualaikum. Saya bersetuju dengan Nor Suliana. Kepelbagaian budaya sebenarnya amat membantu dalam membina satu pemahaman tentang identiti manusia, budaya dan bahasa. Hal ini kita dapat lihat apabila masyarakat Malaysia yang sememangnya sudah dikenali sebagai masyarakat majmuk, tidak dapat lari daripada mengalami pertembungan budaya. Kepelbagaian atau pertembungan budaya ini juga telah menimbulkan pelbagai ragam dan corak komunikasi antara masyarakat yang terlibat. Menurut Hassan (1994), kefahaman yang hendak diwujudkan dalam masyarakat, mereka dapat: (1) menerima unsur perbezaan sosiobudaya yang wujud antara kaum-kaum di Malaysia, (2) menerima dan memahami kebudayaan setiap kaum dengan hati terbuka, (3) mendalami keunikan budaya yang wujud, (4) mengakui perbezaan kebudayaan antara kaum, serta (5) mengiktiraf unsur perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum Melalui pemahaman seperti ini, persefahaman budaya dapat disemai dan dipupuk dalam kalangan masyarakat.
|
|
|
Post by Syarifah Adibah on Jan 4, 2017 15:27:07 GMT
Pada pendapat saya, terdapat pelbagai cara untuk menyemai elemen budaya dalam pembelajaran khususnya. Salah satu medium yang agak menarik untuk dikongsi disini ialah melalui iklan tempatan yang banyak memaparkan elemen kepelbagaian budaya, contoh yang umum ketahui ialah iklan yang dipaparkan oleh Petronas. Terutamanya apabila setiap kali tiba musim perayaan pasti ada iklan baharu yang akan dihasilkan oleh Petronas. Artikel 'IKLAN TAHUN BARU CINA PETRONAS: SUATU ANALISIS TERHADAP PEMAPARAN IDENTITI BUDAYA KAUM CINA' yang ditulis oleh Sabariah Mohamed Salleh, Emma Mohamad, Abdul Latiff Ahmad & Nazra Aliff Nazri dari UKM www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2015/V31_2_33.pdf ini sangat menarik untuk dibaca. Artikel ini membincangkan tentang kajian yang bertujuan untuk melihat pemaparan budaya Cina di dalam iklan tempatan, iaitu iklan Tahun Baru Cina Petronas. Pengkaji berminat untuk mengetahui elemen budaya yang diterapkan di dalam iklan tersebut di samping elemen-elemen budaya Melayu dan India yang mungkin dipaparkan di dalam iklan-iklan tersebut Dalam artikel tersebut ada dinyatakan oleh Samsudin A. Rahim & Latiffah Pawanteh (2009), dalam proses era globalisasi kini, aliran penetrasi budaya asing di dalam kandungan media semakin bertukar dan menyebabkan generasi muda menggabungkan budaya asing dengan budaya sendiri kedalam kehidupan harian. Pengkaji melihat elemen yang berkaitan & antara contoh elemen budaya cina yang dipaparkan di dalam iklan Petronas tersebut ialah budaya memberi angpau masih diterapkan apabila kelihatan duit dimasukkan kedalam sebuah angpau bewarna merah, budaya tradisional Cina iaitu, babak di dalam sebuah kelas sekolah rendah, di mana sekumpulan kanak-kanak Cina sedang melukis gambar 12 zodiak kelahiran Cina di papan hitam. Pengkaji juga turut mengkaji iklan-iklan dari tahun 2012 hingga 2014 yang mempunyai persamaan dalam pemaparan elemen budaya Cina seperti makan besar di malam Tahun Baru Cina bersama ahli keluarga dan sanak saudara. Seperti yang kita ketahui, makan besar merupakan acara tradisi oleh masyarakat Cina yang menyambut Tahun Baru Cina, jadi dengan pemaparan makan besar pada malam sebelum Tahun Baru Cina ini jelas menunjukkan bahawa walaupun masyarakat hidup pada zaman moden dan berteknologi canggih namun adat dan tradisi masih tidak dilupakan. Antara contoh iklan Tahun Baru Cina oleh Petronas youtu.be/CB0F-COG1KY
|
|
|
Post by Nur Fatin Yahawa on Jan 9, 2017 15:23:26 GMT
assalamualaikum....seperti yang kita tahu...Malaysia adalah sebuag negara yang mempunyai rakyat yg berbilang kaum yang banyak melahirkan kepelbagaian budaya hasil pertembungan pelbagai budaya yang diperoleh melalui perkahwinan, migrasi, asimilasi dan sebagainya yang menjadikannya salah satu keunikan dimana malaysia ialah sbuah negara yang berlatarbelakang zaman silam yang menarik sekaligus menjadi sebahagian daripada laluan rempah antarabangsa ratusan tahun dahulu, menjadikan Malaysia negara pelbagai budaya. Keunikan masyarakat serta kesenian memaparkan warisan budaya yang pelbagai pengaruh. Keterbukaan atau toleransi antara kaum – Kepelbagaian kaum ini menjadikan masyarakat yang wujud di Malaysia lebih unik dan menarik kerana di dalamya terdapat pelbagai budaya, bahasa, agama, muzik, tarian dan kesenian, pakaian dan makanan yang ada antaranya boleh dikongsi bersama.Wujud beberapa aspek persamaan budaya – Walaupun setiap kaum di Malaysia mempunyai kebudayaan berbeza namun wujud beberapa aspek persamaan yang boleh ditemui di kalangan semua kaum seperti kekeluargaan, adat resam, objek-objek kebendaan dan nilai-nilai keagamaan. Misalnya setiap kaum di Malaysia menghormati adat resam yang diwarisi secara turun temurun. Biar kaya atau miskin, masing-masing berusaha untuk mematuhi adapt resam turun temurun ini. Pepatah Melayu yang menyebut ‘biar mati anak, jangan mati adat‘ sebenarnya mempunyai makna yang sama bagi semua kaum di Malaysia. contohnya dari segi kesenian tarian seperti tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. selain itu Tarian Kuda Kepang yang merupakan tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. selain itu, Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga. Pertembungan budaya pada sejarah telah membawa satu keunikan kepada budaya di Malaysia yang menjadikan ksenian, makanan, pakaiannnya mendapat pengaruh yang bnyak hasil dari petembungan budaya.
|
|