|
Post by Nur Fatin Yahawa on Jan 9, 2017 16:29:55 GMT
salam...dibawah topik art and beliefs in Multicultural Malaysia...pada pendapat saya...seni dan kepercayaan adalah dua benda yang tidak boleh dipisahkan dan ianya saling berkait rapat. menurut Abdul Halim Nasir (1986), seni ukiran Melayu telah bermula beratus tahun yang lalu yang berunsurkan flora, fauna dan kosmos kerana masyarakat pada masa itu menganuti agama animisme. Beberapa artifak yang ditemui di Pengakalan Kepas, Negeri Sembilan (Batu Kemudi) dan Gua Tambun, Perak menguatkan lagi amalan ukiran kayu yang telah diamalkan semenjak berkurun dahulu. Perubahan kesenian ukiran juga brkait rapat dengan perubahan agama yang ibawa oleh pedagang dan perantau seperi pengaruh agama Hindu dimana hasil ukiran berpandukan dewa-dewa seperti Siva dan Krishna yang bertujuan untuk pemujaan. pengaruh Hindu dan Buddha dpat dilihat melalui elemen yang diterapkan dalam ukiran seperti Kala, Makala, Gunungan, Kosmik, teratai dan lain-lain. ukiran motif pada kapal yang berinspirasikan naga menunjukkn simbol kekuatan dan kegagahan. Motif bangau pada sampan nelayan membawa maksud kepada kepercayaan bahawa bangau adalah haiwan yang mahir dan cekap menangkap ikan dan memberi rezeki kepada nelayan.Batu Bersurat, Terengganu adalah bukti kemasukan pengaruh agama Islam. penerapan khat pada batu tersebut membuktikan perubahan agama dan budaya pada masa itu. kepercayaan tauhid yang dibawa oleh agama Islam diterapkan melalui ukiran dimana pengukir mendalami dan menghayati sifat ciptaan yang diaplikasikan pada ukiran tetapi diubah kepada bentuk yang mudah dan abstrak contohnya pada ukiran Itik pulang petang . Seni ukiran Khat dan Kaligrafi dapat dilihat pada Masjid Kmapung Kling melaka. selain itu kesenian dan agama berkait rapat dengan adanya pertembungan dalam senibina masid Beijing, Kelantan dimana senibinanya ilham daripada senibina Cina tetapi dibuat pada masjid yang digunakan oleh orang yang beragama Islam. kesenian di Malaysia di pengaruhi oleh beberapa agama akibat dadipada kemasukan pedagang dan migrasi penduduk daripada China, India, Sumatera dan Arab yang banyak memeri pengaruh dalam kebudayan dan kesenian di Malaysia.
|
|
|
Post by Syarifah Adibah on Jan 9, 2017 17:37:04 GMT
Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi tentang konsep silang budaya di Malaysia terutamanya dalam pendidikan di sekolah. Perbezaan yang wujud di antara manusia itu sangat indah dan menarik. Silang budaya - berdasarkan definasi silang budayaberkaitan dengan perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Terdapat pelbagai kaum di Malaysia. Contohnya kaum India, Cina, Melayu dan orang asli. Namun kehidupan rakyat yang pelbagai masih mengekalkan keamanan negara malaysia. Hal ini jelas membuktikan sebilangan besar rakyat maalysia telah memupuk nilai keterbukaan dalam diri masing-masing. Nilai ini sangat penting kerana dalam menjalani kehidupan masyarakat yang majmuk amat sukar jika kita masing-masing mementingkan diri sendiri. Kesannya kita dapat lihat apabila keharmonian antara masyarakat akan menjadi kucar-kacir disebabkan masyarakat tidak prihatin dengan sensitiviti sesuatu kaum yang terdapat di sekeliling kita.
Silang budaya di Malaysia berlaku apabila; - Perkahwinan diantara kaum yang berbeza - Pergaulan yang positif antara pelbagai kaum - Pembelajaran mengenai kaum-kaum di Malaysia - Konsep 1 Malaysia - Perayaan
PERKAHWINAN DIANTARA KAUM YANG BERBEZA - Kahwin campur adalah suatu keadaan yang bukan janggal di kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Secara umumnya, masyarakat dapat menerima hakikat bahawa kahwin campur kerana ia dapat memperkaya masyarakat serta dapat mengukuhkan hubungan antara kaum. Kahwin campur boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama. Contoh jelas yang dapat dilihat apabila seorang lelaki melayu berkahwin dengan seorang perempuan india atau perempuan melayu berkahwin dengan lelaki keturunan cina atau pun contoh lainnya ialah perkahwinan kaum antara kaum orang asli yang berbeza etnik
PERGAULAN YANG POSITIF ANTARA PELBAGAI KAUM - Silang budaya juga boleh berlaku dengan wujudnya pergulan yang positif antara kaum. Contah pergaulan yang positif antara kaum adalah gotong-royong, belajar secara berkumpulan di sekolah, melibatkan diri dengan sambutan rumah terbuka, kerja berpasukan dalam sukan dan permainan dan banyak lagi
PEMBELAJARAN MENGENAI KAUM-KAUM DI MALAYSIA - Seperti yang kita sedia maklum di sekolah, kerajaan telah mewujudkan mata pelajaran pendidikan moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kedua-dua mata pelajaran ini adea membincangkan mengenai budaya-budaya dan adat resam kaum-kaum di Malaysia. Kesannya semua pelajar telah terdedah dengan nilai-nilai masyarakat yang terdpat di Malaysia.
KONSEP 1 MALAYSIA - Kerajaan juga amat mempengaruhi persilangan budaya di Malaysia. Contohnya, Perdana menteri Malaysia telah melancarkan konsep 1 Malaysia. Konsep satu Malaysia ini memupuk semua kaum di malaysia agar tidak mewujudkan jurang antara kaum. Hal ini amat penting kerana peristiwa 13 Mei telah banyak memberi pengajaran kapada semua rakyat Malaysia. Oleh itu konsep satu malaysia ini diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia agar keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. Selain itu,semua rakyat malaysia mestilah bersatu hti walaupun latar belakang yang pelbagai.
PERAYAAN - Masyarakat yang majmuk di Malaysia telah mewujudkan pelbagai agama dan perayaan yang dirayakan. Oleh itu budaya rumah terbuka sering dimalkan apabila tibanya musim perayaan contohnya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan Hari Krismas. Rumah terbuka ini diraikan dengan meriah dengan kehadiran pelbagai kaum. Melalui aktiviti kunjung-mengunjung ini, hubungan antara kaum akan dapat dieratkan. Setiap rakyat Malaysia juga berpeluang mempelajari dan menghayati perayaan pelbagai kaum di Malaysia.
|
|
|
Post by Syazlin Amira on Jan 10, 2017 20:21:06 GMT
Assalamualaikum...sebagaimana yang di ketahui umum, malaysia terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Daripada sistem pendidikan,seharusnya menyatupadukan antara satu sama lain. Ssranan untuk mengadakan pendidikan silang budaya dalam sistem pendidikan negara bagi mempertingkat perpaduan kaum yang kian rapuh bukan sahaja perlu dialu-alukan. Ia juga hendaklah dilakukan segera memandangkan wujudnya polarisasi kaum yang serius di sekolah, institusi pengajian tinggi dan tempat bekerja akibat pengasingan etnik yang dibenarkan dalam sistem pendidikan kita. Sebenarnya pendidikan sedemikian tidak pun diperlukan jika sistem pendidikan kita mewajibkan percampuran etnik. Pergaulan Ini kerana pergaulan n yang bermula di sekolah rendah itu akan terus berkekalan sehingga dewasa kelak atas dasar kanak-kanak yang belajar bersama-sama sewaktu kecil didapati akan mengekalkan persahabatan itu apabila besar dan sampai ke tua pula. Namun dengan tiadanya sistem begitu yang bukan sahaja menggalakkan pergaulan, tetapi yang sememangnya mampu mewujudkan perpaduan secara semula jadi, pendidikan silang budaya ini sangat diperlukan. Walaupun ia mungkin dipelajari sesetengah pihak untuk tujuan ujian dan peperiksaan semata-mata, sekurang-kurangnya ia akan mendedahkan pelbagai persamaan dan perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang berlainan warisan budaya itu di tiga wilayah berbeza.
Erat hubungan etnik
Pendedahan ini penting bukan sahaja untuk mewujudkan toleransi dan penerimaan, ia juga diyakini dapat mempererat hubungan etnik di negara ini. Ini keranaPengetahuan yang akan membawa kepada pemahaman mengenai budaya kaum lain akan memaparkan dinamika pelbagai budaya yang akan mempermudah kita semua bergaul antara satu sama lain. Selain itu, ia juga akan mengurangkan buruk sangka, kejutan budaya dan salah konsep selepas kita mula mengenali sesuatu kaum lain. Kesempatan berinteraksi terhad dalam kalangan kita akibat sistem pendidikan yang jumud dan pergaulan bebas kerana tidak pernah wujudnya persahabatan mesra yang terjalin sewaktu persekolahan dahulu, sebenarnya adalah masalah besar yang menyebabkan kita semua tidak ikhlas ketika bergaul antara satu sama lain untuk mewujudkan tahap perpaduan baik. Masalah ini akan berkurangan, malah akan hilang terus apabila golongan muda kita bergaul untuk kenal mengenali mulai di sekolah rendah lagi. Oleh itu, sistem pendidikan kita yang membenarkan pengasingan etnik yang berlaku pada usia muda itu, hendaklah dirombak. Sehubungan ini, bukan sahaja sekolah vernakular dan agama yang terbabit secara langsung, sekolah kebangsaan juga tidak terkecuali kerana ia yang sepatutnya membekalkan pendidikan nasional sudah tersasar. Kini sekolah kebangsaan didapati lebih banyak membekalkan pendidikan Melayu Muslim. Oleh itu, perlu ada penstrukturan semula atas sekolah kebangsaan, sekolah agama dan sekolah vernakular supaya pendidikan nasional itu diberi keutamaan oleh semua pihak untuk melahirkan anak bangsa yang dapat memperlihat identiti nasional Malaysia yang sama secara tersurat. Ini pasti akan terjadi dengan mudahnya apabila pendidikan nasional yang mementingkan bahasa Melayu, sejarah negara dan warisan tradisi dalam bentuk pendidikan silang budaya, merupakan asas pendidikan negara yang utama, bukannya pendidikan etnik di sekolah vernakular dan pendidikan kerohanian di sekolah agama. Dampak sosial ini pasti dapat memperlihat identiti nasional diterapkan dalam identiti peribadi golongan muda selepas mereka menerima kepercayaan, nilai dan aspirasi identiti nasional Malaysia melalui pendidikan nasional itu. Identiti nasional ini perlu dipupuk secara sedar dan tegas dalam sistem pendidikan negara. Ini penting bukan sahaja kerana ia dapat memupuk perasaan keterikatan kepada negara, pengungkapan identiti nasional pada rakyat sebenarnya adalah sikap positif patriotisme.
Papar identifikasi kaum
Dengan pendidikan nasional diberi keutamaan paling signifikan, seperti yang berlaku pada banyak sistem pendidikan negara lain, kita pasti akan melihat rakyat Malaysia yang dapat mempamerkan identifikasi yang cepat lagi mudah dengan negara ini dalam kehidupan seharian mereka, iaitu fasih berbahasa Melayu yang merupakan bahasa negara dan bersikap sederhana sesuai dengan Malaysia sebagai negara berbilang kaum. Dengan ada semua ini, baharulah kita boleh dianggap sebagai sebuah komuniti nasional Malaysia yang memiliki perasaan positif terhadap negara, selain mempunyai sentimen kewajipan terhadap kebajikan semua kaum di tiga wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sosialisasi identiti nasional melalui pendidikan nasional ini pasti akan memberi sumbangan agam kepada keharmonian dan kesejahteraan perpaduan negara dan integrasi nasional yang sangat diperlukan di Malaysia.
|
|
|
Post by Syarifah Adibah on Jan 11, 2017 17:22:18 GMT
Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi satu artikel yang menarik untuk dikongsi mengenai 'Intercultural Communication, Competence, Teaching and Learning: An Analysis' oleh Jamilah Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody (UKM).
Antara isi kandungan artikel tersebut ialah: • Kepentingan Budaya Pengajaran Responsif Budaya pengajaran responsif menjajarkan pengalaman di dalam kelas untuk meningkatkan pengayaan sosial, akademik dan kebudayaan pelajar dan merupakan satu bahagian penting dalam pengurusan kumpulan pelajar pelbagai budaya. Pengajar harus bersedia untuk memberi respons secara positif dalam menghadapi kerenah pelajar yang berlatarbelakangkan pelbagai budaya supaya dapat mewujudkan keserasian budaya sambil merangsang sikap hormat kepada kepelbagaian budaya di dalam kelas dan sekaligus mewujudkan satu persekitaran yang menyeluruh untuk semua pelajar (Phuntsog 2001). Pengajar juga perlu mempunyai kesedaran tentang nilai, adat dan amalan utama sesuatu budaya atau kumpulan yang terdapat di sesebuah universiti.
Di samping itu, sikap menghormati kepelbagaian budaya di dalam kelas pembelajaran adalah penting kerana pelajar bertindak dengan lebih baik apabila dilayan dengan penuh bermaruah dan hormat (Ganter 1997). Apabila pengajar menyuruh pelajar menghubungkan maklumat baru yang dibincangkan di dalam kelas berdasarkan pengalaman, perasaan dihargai akan timbul dan pelajar menganggap adalah penting untuk menyuarakan pendapat di dalam sesuatu perbincangan (Zarazoga 1997).
Budaya kelas pembelajaran responsif boleh menggunakan strategi perancah pengajaran iaitu instructional scaffolding. Perancah (scaffolding) merujuk kepada penyediaan sokongan yang mencukupi untuk pelajar bagi menyiapkan tugas yang tidak mampu diselesaikan sendiri dan menyediakan kerja yang boleh dilakukan tanpa bantuan. Semakin berkeupayaan pelajar untuk mengendalikan tugas sendiri, semakin sukar tugasan boleh diberikan oleh pengajar (Montgomery 2001). Galakan terhadap pelajar supaya berkongsi pendapat mengenai budaya masing-masing untuk menggambarkan sesuatu konsep yang dibincangkan di dalam kelas boleh membantu proses tersebut. Hal ini juga membantu peningkatan keyakinan diri, penghargaan terhadap diri sendiri dan keyakinan terhadap budaya dan pengalaman mereka (Montogomery 2001).
|
|
Sharil shashila binti shaari
Guest
|
Post by Sharil shashila binti shaari on Jan 11, 2017 18:26:19 GMT
Perkahwinan merupakan adalah penting untuk agama dan juga sosial praktis. Perkahwinan juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara keluarga. Terdapat pelbagai adat perkahwinan dalam masyarakat melayu antaranya ialah "merisik atau menengok", meminang, bertunang, berinai seperti berinai curi, berinai kecikdan berinai besar, bersanding. Adat berinai merupakan satu adat daripada masyarakat hindu. Kebanyakan adat dalam masyarakat melayu telah diubah ataupun kurang digunakan. Contohnya seperti malam berinai, masyarakat masa kini menjadikan malam berinai sebagai satu festival untuk berkumpul dan mengenakan atau memilih tema dan pelamin yang sesuai.Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Dalam adat india pula terdapat 7 langkah perkahwinan, anataranya jaimala, kanyadanmadhupak, havan,rajahan, gath bandhandan mangalphera.
|
|
Muhammad Suffi Bin Yahaya
Guest
|
Post by Muhammad Suffi Bin Yahaya on Jan 11, 2017 18:41:31 GMT
i would like to share some information and thought on multi-cultural in our Malaysian education. Based on my reading, as many scholars have agreed, multiculturalism proclaims cultural equality. The drive towards multiculturalism and education has gained incredible thrust over the past twenty years (Isa, 2016). The tremendous variety of cultural, ethnic, religious and socioeconomic clusters in school today calls for multicultural education programs that reflect understanding and respect for other people differences. Living in multicultural society requires a high level of understanding and respectfulness to those from other cultures. According to Abdul Razak (2005), Razak Report in 1956 stated that good education supposed to produce diversity in Malaysia, and also encourage understanding of different cultures and way of life. one of the best ways to inculcate this value is through arts education. According to Chalmers (1996) art is a powerful, pervasive force that helps to shape attitude, beliefs, values and behaviors. Thus, art is not just an ordinary subject. The teaching of art in schools or in higher learning institutions, in any part of the world, is varied from one place to another.
However, in my opinion, I believe that our Malaysian education is still lack in multicultural integration at national elementary schools. Based on my observation, most elementary schools in Malaysia are not really reflecting multicultural education in their school’s instruction and assessment. For instance, based on my very own experience, all of my primary schoolmates are Malays although there have other races like Chinese and Indians community around that school perimeter. However, they prefer National-type schools like SJK (C) and SJK (T) compared to mixed schools (SK) because they afraid of their children survival in multiracial schools. Therefore, I agree with that teachers should promote more multicultural education in Malaysia elementary schools to share national unity. Any of you agreed with it?
|
|
|
Post by Nur Farahin Adnan on Jan 11, 2017 19:22:14 GMT
Salam. Berikutan arus perdana yang semakin rancak, perlunya pemeliharaan dan pemuliharaan barangan tradisional seperti perhiasan lama yang berupa perhiasan emas. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang meliputi sebilangan besar kaum Melayu, Cina, dan juga India memperkayakan lagi identiti Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Oleh yang demikian, perhiasan lama yang diwarisi dari setiap kaum juga mempunyai keistimewaan dan perlambangan yang tersendiri. Sebagai contoh, Melayu dengan dokoh, cucuk sanggul, pending. Manakala China juga menggunakan ccuk sanggul yang juga telah memberi pengaruh kepada cucuk sanggul Melayu.Seterusnya, Kaum india yang kaya dengan perhiasan yang berunsur alam dan juga ketuhanan. Unsur alam yang paling ketara adalah penggunaan motif merak, bunga-bungaan. Unsur ketuhanan seperti perlambangan kepada kekuasaan dewa yang mana membawa tuah serta perlindungan kepada si pemakai.Manakala perhiasan china pula lebih berunsur kepada jed. Namun begitu, masih ada sebilangan masyarakat China yang mengenakan emas sebagai perhiasan.Selain itu, perhiasan China lebih mengarah kepada yin dan yang kehidupan seseorang. Sebangai contoh, PEnggunaan batu permata yang berwarna biru firus membawa maksud kesejahteraan. Sehubungan itu, semua perhiasan ini seharusnya dikekalkan identitinya kerana generasi akan datang dikhuatiri terpinggir serta membawa identiti yang semakin tidak dikenali. Sebagai contoh, perhiasan emas Melayu yang diukir halus berinspirasikan flora semakin dilupakan berikutan penerapan motif-motif moden di dalam seni halus yang melibatkan pembuatan emas. Justeru, untuk mengelakkan hal ini daripada berterusan berlaku yang mana diyakini semakin digemari seharusnya, pembuatan seni halus yang dilakukan oleh juru tukang seharusnya dipantau agar setiap unsur yang diterapkan walaupun sudah dimodenkan seharusnya masih dalam kedaan mengekalkan identiti bangsa. Namun demikian, pertembungan budaya yang diserap masuk ke Malaysia semakin diterima. Oleh yang demikian, perlunya pendidikan yang menekankan isu kebangsaan walaupun pembawakan budaya luar semakin galak kini.
|
|
SITI NURULHUDA bt RAJA AZMI
Guest
|
Post by SITI NURULHUDA bt RAJA AZMI on Jan 12, 2017 5:02:19 GMT
POLITICS AND PROPAGANDA ISSUES IN CROSS CULTURAL ART IN MALAYSIA. While we keep on urge the society to unite all the elements of every culture in arts, I wonder how far can it be implemented in Graphics design. There is a difference in the representation of multi-cultural and mono-cultural societies. The question that must always be answered through the web design is “Who is the target audience?” This is why Malaysia makes such an interesting case study. Malaysian government sites have presented themselves as if they were representing a Malay monoculture. In the Malaysian context, the universal model is already demonstrated and practiced in most Malaysian commercial websites. All private commercial websites try to avoid bias of any race's culture. They came out with universal design and claimed the design multicultural ( as it suits all races in Malaysia). Is that what we can really call multicultural or 1 Malaysia approach? Here the motive appears to be different; to capture as much interest across the society without causing exclusion or ethnic preference while still appealing to the idea of national unity, a sense of community, and collaboration. The age of globalization can be tough on the narrow and insular nationalistic vision and much more encouraging of wider inclusion without having to lead to the the non-culture, which carries the identity of nobody at all. In he effort to "not being bias to any race" in website design, I worried that one day Malaysia will lost the identity in the world's eyes, as all designer avoiding using any motive that represent any culture. Just because they afraid to be judged as bias.
|
|
|
Post by SITI NURULHUDA on Jan 12, 2017 5:03:49 GMT
i would like to share some information and thought on multi-cultural in our Malaysian education. Based on my reading, as many scholars have agreed, multiculturalism proclaims cultural equality. The drive towards multiculturalism and education has gained incredible thrust over the past twenty years (Isa, 2016). The tremendous variety of cultural, ethnic, religious and socioeconomic clusters in school today calls for multicultural education programs that reflect understanding and respect for other people differences. Living in multicultural society requires a high level of understanding and respectfulness to those from other cultures. According to Abdul Razak (2005), Razak Report in 1956 stated that good education supposed to produce diversity in Malaysia, and also encourage understanding of different cultures and way of life. one of the best ways to inculcate this value is through arts education. According to Chalmers (1996) art is a powerful, pervasive force that helps to shape attitude, beliefs, values and behaviors. Thus, art is not just an ordinary subject. The teaching of art in schools or in higher learning institutions, in any part of the world, is varied from one place to another. However, in my opinion, I believe that our Malaysian education is still lack in multicultural integration at national elementary schools. Based on my observation, most elementary schools in Malaysia are not really reflecting multicultural education in their school’s instruction and assessment. For instance, based on my very own experience, all of my primary schoolmates are Malays although there have other races like Chinese and Indians community around that school perimeter. However, they prefer National-type schools like SJK (C) and SJK (T) compared to mixed schools (SK) because they afraid of their children survival in multiracial schools. Therefore, I agree with that teachers should promote more multicultural education in Malaysia elementary schools to share national unity. Any of you agreed with it?
|
|
|
Post by SITI NURULHUDA on Jan 12, 2017 5:14:41 GMT
As my opinion en suffi, the issue of multicultural in Malaysia will never been overcome as long as we practice pluralism. That is just the way its going to be, as long as we respect all races. And how to Malaysian respect each other, the only way is through early education. Parents play the biggest role at home, to set a good example to children on how to respect other races through mind setting. If we look again on Bronfenbrenner's Ecological Systems Theory of Development , family and school is in the nearest to core circle of influence in children development. "Children See, Children Do". Remember Bobo Dolls experiment, how the children act and do is what their parents do.
|
|
|
Post by Nor Suliana on Jan 12, 2017 6:47:52 GMT
Hai semua, saya nak berkongsi tentang tajuk dari perbentangan kumpulan saya, iaitu tentang sistem kasta. disini saya akan fokus kepada kaum India di Malaysia.. kita semua tahu India masih mengamalkan sistem kasta di dalam bangsa mereka dan ia merupakan isu yang sangat sensitif untuk dibincangkan.
Sistem kasta adalah dan masih merupakan alat untuk menundukkan orang-orang yang dianggap lebih rendah mengikut kelahiran. Idea umum sistem kasta adalah bahawa semua manusia dilahirkan tidak sama rata dan ia saling berkaitan dalam agama Hindu. Dikatakan bahawa kasta atas datang dari bahagian-bahagian badan atas makhluk purba / tertinggi dan kasta rendah muncul dari bahagian-bahagian badan yang lebih rendah makhluk purba / besar.
Di India, rakyat kasta rendah tidak dibenarkan masuk ke kuil, gereja dan masjid, tidak boleh berkongsi air dari telaga dan sungai dan jika orang kasta rendah melalui rumah orang kasta yang atas, dia perlu membuang kasut dan berjalan tanpa kasut di seluruh rumah atau jalan. Manakala di Malaysia pula, ada orang India tertentu yang tidak akan makan atau minum air di rumah rakan-rakan yang "kasta rendah", ini kerana orang kasta rendah sering dilihat sebagai kurang bersih dan ini berlaku dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan budaya seperti kita.
sistem kasta di sini adalah yang paling ketara apabila ia datang kepada perkahwinan India. Dan, kulit cerah secara langsung dikaitkan dengan kasta tinggi.Setakat ini, kaum India di Malaysia masih dibelenggu dengan isu-isu asas isu kad pengenalan, peluang pekerjaan, sekolah Tamil, kemiskinan, pekerja ladang yang hilang, kerusi universiti, ketagihan arak, gangsterisme, dan lain-lain. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa yang berkahwin dalam kasta seseorang akan memelihara kecerdasan dan kualiti yang diingini dalam generasi seterusnya. Untuk memastikan pemeliharaan ketulenan kasta, budaya India berkahwin dengan sepupu dan saudara-saudara ibu mereka. perkahwinan diantara kasta yang tinggi dan rendah amat dielakkan oleh kaum India di Malaysia demi menjaga kesucian kasta keluarga mereka.
|
|
|
Post by Nor Suliana on Jan 12, 2017 6:58:16 GMT
Perkahwinan merupakan adalah penting untuk agama dan juga sosial praktis. Perkahwinan juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara keluarga. Terdapat pelbagai adat perkahwinan dalam masyarakat melayu antaranya ialah "merisik atau menengok", meminang, bertunang, berinai seperti berinai curi, berinai kecikdan berinai besar, bersanding. Adat berinai merupakan satu adat daripada masyarakat hindu. Kebanyakan adat dalam masyarakat melayu telah diubah ataupun kurang digunakan. Contohnya seperti malam berinai, masyarakat masa kini menjadikan malam berinai sebagai satu festival untuk berkumpul dan mengenakan atau memilih tema dan pelamin yang sesuai.Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Dalam adat india pula terdapat 7 langkah perkahwinan, anataranya jaimala, kanyadanmadhupak, havan,rajahan, gath bandhandan mangalphera. Hai Assalamualaikum sharil, isu perkahwinan sgt menarik untuk dikongsikan. namun begitu terdapat satu isu yang menarik untuk saya kongsi iaitu perkahwinan campur di Malaysia. perkahwinan campur sering dilihat dari sudut negatif namun sebenarnya terdapat banyak kelebihan yang diperolehi apabila seseorang itu berkahwin dengan seseorang yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya mendapati bahawa perkahwinan campur membolehkan setiap orang untuk belajar tentang budaya, agama dan bangsa diantara satu sama lain. sebagai contoh isu bahasa, kanak-kanak mempunyai kelebihan apabila ia berkaitan isu bahasa kerana mereka dalam kebanyakan kes mempunyai penguasaan terhadap banyak bahasa iaitu bahasa kedua-dua ibu bapa mereka dan dalam masa yang mereka boleh menguasai bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris. Dalam konteks Malaysia, senario ini agak biasa di mana kebanyakan kanak-kanak daripada perkahwinan campur India-Cina dapat menguasai sekurang-kurangnya lebih daripada dua bahasa.
|
|
|
Post by Syazlin Amira on Jan 12, 2017 9:43:59 GMT
Perkahwinan merupakan adalah penting untuk agama dan juga sosial praktis. Perkahwinan juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara keluarga. Terdapat pelbagai adat perkahwinan dalam masyarakat melayu antaranya ialah "merisik atau menengok", meminang, bertunang, berinai seperti berinai curi, berinai kecikdan berinai besar, bersanding. Adat berinai merupakan satu adat daripada masyarakat hindu. Kebanyakan adat dalam masyarakat melayu telah diubah ataupun kurang digunakan. Contohnya seperti malam berinai, masyarakat masa kini menjadikan malam berinai sebagai satu festival untuk berkumpul dan mengenakan atau memilih tema dan pelamin yang sesuai.Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Dalam adat india pula terdapat 7 langkah perkahwinan, anataranya jaimala, kanyadanmadhupak, havan,rajahan, gath bandhandan mangalphera. Assalamualaikum Sharil Shashila. Saya ingin menambah sedikat tentang perkahwinan. Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antaradua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau bangsa yang juga dipanggilEpistonolgical.Perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara negara, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan SultanMansur Shah. Oleh itu, perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia.Masyarakat majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak dulu hingga kini.Islam juga tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan termasuklah perkahwinancampur asalkan ianya menurut kehendak syarak, seperti dinyatakan dalam ayat al Quran, "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuanlain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antaraisteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". (Surah An-Nisaa¶ - ayat 3) Definisi perkahwinan campur Kahwin campur asalnya digunakan oleh pihak gereja Katholik untuk menyatakan sebuah perkahwinan antara seorang Kristian dan seorang bukan Kristian. Tapi, pada hari ini, perkataankahwin campur bermaksud sebuah perkahwinan yang melibatkan dua orang yang mempunyaiagama, kewarganegaraan dan bangsa yang berlainan. Oleh itu, kahwin campur boleh dikelaskankepada 3 kategori, iaitu, kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwincampur antara agama.Kahwin campur antara kaum melibatkan dua individu yang berlainan kaum, sebagaicontoh, seorang lelaki India berkahwin dengan seorang perempuan Cina. Kahwin campur antaranegara melibatkan kewarganegaraan, sebagai contoh, seorang muslim yang berbangsa Melayu berkahwin dengan seorang muslim yang berbangsa Arab . Kahwin campur antara agama melibatkan dua idividu yang menganut agama yang berbeza, sebagai contoh, seorang seorangHindu berkahwin dengan seorang Buddha.
|
|
|
Post by Syazlin Amira on Jan 12, 2017 9:53:49 GMT
Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi sedikit mengenai tajuk yang dibentangkan oleh saya iaitu mengenai sistem pendidikan di Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan. Sistem pendidikan di Malaysia semasa zaman pemerintahan British lagi (sebelum kemerdekaan) telah mengamalkan sistem pendidikan vernakular yang berpaksikan pada kaum masing-masing serta bahan pendidikan yang banyak bersumberkan pada rujukan negara serta bangsa masing-masing. Sistem pendidikan yang wujud pada masa pemerintahan British mempunyai empat sistem persekolahan utama iaitu sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. Selepas zaman kemerdekaan, sistem pendidikan ini telah ditukar kepada sistem yang telah dirangka oleh Penyata Razak. Maka, lahirlah sistem sekolah kebangsaan yang menggabungkan semua bangsa di Malaysia namun masih dimonopoli oleh pelajar Melayu serta penubuhan sekolah vernakular Cina dan India yang dimonopoli oleh bangsa masing-masing dan juga menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Timbul isu yang telah dikemukakan oleh para pemimpin dan sesetengah pihak yang memberi cadangan untuk menutup sekolah vernakular dan memasukkan semua pelajar ke dalam satu sekolah serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Isu ini telah mendapat reaksi yang berbeza daripada pelbagai pihak, khususnya kepada kaum yang terlibat serta seluruh rakyat Malaysia amnya.
Sekolah Vernakular Melayu
Pada zaman penjajah, sekolah agama atau madrasah terus befungsi tanpa sebarang campur tangan. Hal ini kerana, pihak British tidak ingin mencampur tangan dalam hal ehwal agama dan adat-resam orang Melayu. Namun setelah pihak British sedar bahawa sekolah ini memainkan peranan penting dalam peningkatan pemikiran masyarakat Melayu, mereka mula meminggirkan pendidikan Islam dan mewujudkan sistem pendidikan yang baru iaitu dikenali sebagai sekolah vernakular Melayu. Hal ini kerana, sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak British hanya bertujuan sedakar untuk menghapuskan buta huruf masyarakat Melayu semata-mata di samping mengekalkan cara hidup tradisional orang Melayu.
Mengikut dasar pelajaran yang ditetapkan oleh pihak British, kanak-kanak akan diberikan pelajaran percuma di peringkat rendah dalam Bahasa Melayu selama empat tahun. Mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah vernakular Melayu ialah bacaan, mengarang, ejaan, menulis, latihan jasmani dan ilmu alam sahaja. Malahan, murid di sekolah Melayu juga tidak berpeluang untuk belajar Bahasa Inggeris dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah.
Sekolah Vernakular Cina
Kemasukan beramai-ramai masyarakat Cina ke Tanah Melaayu telah menimbulkan keperluan pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka. Pada waktu itu, pihak pentadbiran British tidak mencampur tangan malahan menentang keras pembiayaan untuk pembinaan Sekolah Vernakular Cina kerana penduduk Cina dianggap sebagai penduduk asing sementara di Tanah Melayu. Maka, perbelajaan pengurusan sekolah tersebut hanya ditampung oleh derma daripada masyarakat Cina sahaja.
Dalam aspek pendidikan, sikap masyarakat Cina lebih ketara berorientasikan ke negara asal. Oleh itu, sistem pendidikan Sekolah vernakular Cina sangat mirip dengan sistem pendidikan di negara China. Mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk mendirikan sekolah serta mengeluarkan tajaan untuk mengimport guru dari negara China bersama dengan buku teks sekolah yang dikeluarkan di sana untuk diajar kepada anak-anak mereka.
Sekolah Vernakular Tamil
Sejarah penubuhan bagi sekolah Tamil berlaku semasa kemasukan buruh India secara beramai-ramai. Pada mulanya pihak British tidak begitu berminat dengan pendidikan Tamil di Tanah Melayu. Namun begitu, mereka mula menyedari bahawa pendidikan perlu disediakan untuk menarik lebih ramai penduduk India datang berkerja di ladang-ladang di Tanah Melayu. Pada tahun 1912, pihak British telah menetapkan undang-undang buruh yang menyatakan bahawa semua ladang yang ada sekurang-kurangnya 10 orang kanak-kanak di antara 7 hingga 10 tahun mestilah menyediakan sekolah dan guru untuk diberi pelajaran kepada mereka. Oleh kerana ia terbatas di kawasan estet serta sumber kewangan dan tenaga pengajar yang terhad, pendidikan sekolah vernakular Tamil tertumpu kepada peringkat rendah sahaja. Dari aspek pembelajaran pula, sumber buku teks yang digunakan masih bersumberkan dari negara asal mereka.
|
|
|
Post by Syazlin Amira on Jan 12, 2017 10:54:35 GMT
assalamualaikum....seperti yang kita tahu...Malaysia adalah sebuag negara yang mempunyai rakyat yg berbilang kaum yang banyak melahirkan kepelbagaian budaya hasil pertembungan pelbagai budaya yang diperoleh melalui perkahwinan, migrasi, asimilasi dan sebagainya yang menjadikannya salah satu keunikan dimana malaysia ialah sbuah negara yang berlatarbelakang zaman silam yang menarik sekaligus menjadi sebahagian daripada laluan rempah antarabangsa ratusan tahun dahulu, menjadikan Malaysia negara pelbagai budaya. Keunikan masyarakat serta kesenian memaparkan warisan budaya yang pelbagai pengaruh. Keterbukaan atau toleransi antara kaum – Kepelbagaian kaum ini menjadikan masyarakat yang wujud di Malaysia lebih unik dan menarik kerana di dalamya terdapat pelbagai budaya, bahasa, agama, muzik, tarian dan kesenian, pakaian dan makanan yang ada antaranya boleh dikongsi bersama.Wujud beberapa aspek persamaan budaya – Walaupun setiap kaum di Malaysia mempunyai kebudayaan berbeza namun wujud beberapa aspek persamaan yang boleh ditemui di kalangan semua kaum seperti kekeluargaan, adat resam, objek-objek kebendaan dan nilai-nilai keagamaan. Misalnya setiap kaum di Malaysia menghormati adat resam yang diwarisi secara turun temurun. Biar kaya atau miskin, masing-masing berusaha untuk mematuhi adapt resam turun temurun ini. Pepatah Melayu yang menyebut ‘biar mati anak, jangan mati adat‘ sebenarnya mempunyai makna yang sama bagi semua kaum di Malaysia. contohnya dari segi kesenian tarian seperti tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. selain itu Tarian Kuda Kepang yang merupakan tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. selain itu, Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga. Pertembungan budaya pada sejarah telah membawa satu keunikan kepada budaya di Malaysia yang menjadikan ksenian, makanan, pakaiannnya mendapat pengaruh yang bnyak hasil dari petembungan budaya. Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai latar belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya. Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat seragam. Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Dalam membicarakan kepentingan aspek adat yang menjadi penyatu bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Bagi maksud itu, didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah sejarawan khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga masyarakat pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu. Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam. Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan. Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai adat dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum Cina di Malaysia ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku proses kemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat mereka. Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan “Feng Shui”, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat. Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadi amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarrga dan merupakan waris utama pusaka keluarga. Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu. Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan sebutan ‘vanakam’ dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, ‘Ibu adalah umpama Tuhan’ dan anak perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti seorang ibu didalam tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih dara. Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah ‘Tuhan bagi isterinya’ dan mesti sentiasa dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan berkahwin. Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu.
|
|