|
Post by Admin on Nov 17, 2014 5:26:17 GMT
Welcome to your new ProBoards forum! If you need any assistance with your new forum, our staff is available to assist you seven days a week. Please visit our Support Forum at support.proboards.com.
|
|
Dr Siti Zuraida Maaruf
Guest
|
Post by Dr Siti Zuraida Maaruf on May 17, 2016 1:02:45 GMT
Saya amat berminat untuk mendapatkan perkongsian pengalaman daripada guru dan para pelajar tentang bagaimana P&P Pendidikan Seni Visual dilaksanakan di sekolah hari ini dan bagaimana elemen budaya dikalangan pelajar yang berbilang bangsa diterjemahkan dalam pengajaran.
|
|
|
Post by abaiey jr omar on May 19, 2016 16:57:42 GMT
Assalamualaikum n holaaa.... hope this the rite column i entered. Just wanna to share some experience that might happen to all off u. When i was a teacher some of our culture hard to show to our students n our new generation. but still art people do some innovation not too loose it. Did u know how the old blender look like? which used to blend paddy or pea/nut into the raw powder to make some food or cookies. Now a days we can still find out this thing which function as part of water flow in some fountain isn't it?. here it been useful for some educators to tell the history beside the cultural that was evolution turn into new appearance. we also hope that art people always used all the old things to remains that its still alive n have to display although in non exact function. this to make sure our culture not having lost till the end. so lets shares something on how u ll gives Gen-Y which mostly could not identify our culture.
|
|
|
Post by AlizaMohdSalleh on May 24, 2016 14:58:36 GMT
Saya amat berminat untuk mendapatkan perkongsian pengalaman daripada guru dan para pelajar tentang bagaimana P&P Pendidikan Seni Visual dilaksanakan di sekolah hari ini dan bagaimana elemen budaya dikalangan pelajar yang berbilang bangsa diterjemahkan dalam pengajaran. Sesi PDP Pendidikan Seni Visual dijalankan adalah berpaksikan silibus yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian. Apabila elemen budaya dicetuskan untuk diselitkan ke dalam aktiviti pembelajaran merupakan sesuatu yang patut dibanggakan. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya. Namun, pada pendapat saya ianya bergantung harap pada kreativiti atau approach guru itu sendiri. Guru seharusnya peka kepada persekitaran bilik darjah dengan mengutamakan serta mengkaji who is our big client. Jika majoriti client terdiri daripada pelbagai kaum, seharusnya guru bersedia untuk merangka aktiviti yang bersesuaian dengan konsep kepelbagaian tersebut. Jika guru ingin mengajar topik kraf tradisional anyaman, adalah menjadi sesuatu yang amat menarik jika guru mampu memperkenalkan motif kelarai tradisional dan dalam masa yang sama menyelitkan elemen improvise pada motif kelarai yang memberi perlambangan kepada kepelbagaian tersebut. Sebagai contoh kaum india dengan motif kollum/mandala atau kaum cina dengan motif swastika/ornamentnya. Murid-murid akan lebih prihatin jika guru-guru dapat menyelitkan unsur-unsur yang hampir dengan identiti nenek moyang mereka. Pengalaman saya, ketika mengajar topik yang bersangkut paut dengan pantang larang kaum cina ketika sambutan tahun baru cina, ada murid saya yang bangun dan mengungkapkan perasaan kagum beliau kerana ada dari pantang larang tersebut yang mereka telah abaikan, tetapi saya berjaya mengingatkan mereka semula pada kepentingan amalan tersebut. And the most important, they will be more appreciated if we can respect their culture. Oleh itu, guru sangat memainkan peranan yang besar bagi menjamin keberhasilan dalam menerap elemen budaya dalam sesi PDP.
|
|
|
Post by sahariah burhan on May 24, 2016 15:19:45 GMT
Saya amat berminat untuk mendapatkan perkongsian pengalaman daripada guru dan para pelajar tentang bagaimana P&P Pendidikan Seni Visual dilaksanakan di sekolah hari ini dan bagaimana elemen budaya dikalangan pelajar yang berbilang bangsa diterjemahkan dalam pengajaran. Sesi PDP Pendidikan Seni Visual dijalankan adalah berpaksikan silibus yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian. Apabila elemen budaya dicetuskan untuk diselitkan ke dalam aktiviti pembelajaran merupakan sesuatu yang patut dibanggakan. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya. Namun, pada pendapat saya ianya bergantung harap pada kreativiti atau approach guru itu sendiri. Guru seharusnya peka kepada persekitaran bilik darjah dengan mengutamakan serta mengkaji who is our big client. Jika majoriti client terdiri daripada pelbagai kaum, seharusnya guru bersedia untuk merangka aktiviti yang bersesuaian dengan konsep kepelbagaian tersebut. Jika guru ingin mengajar topik kraf tradisional anyaman, adalah menjadi sesuatu yang amat menarik jika guru mampu memperkenalkan motif kelarai tradisional dan dalam masa yang sama menyelitkan elemen improvise pada motif kelarai yang memberi perlambangan kepada kepelbagaian tersebut. Sebagai contoh kaum india dengan motif kollum/mandala atau kaum cina dengan motif swastika/ornamentnya. Murid-murid akan lebih prihatin jika guru-guru dapat menyelitkan unsur-unsur yang hampir dengan identiti nenek moyang mereka. Pengalaman saya, ketika mengajar topik yang bersangkut paut dengan pantang larang kaum cina ketika sambutan tahun baru cina, ada murid saya yang bangun dan mengungkapkan perasaan kagum beliau kerana ada dari pantang larang tersebut yang mereka telah abaikan, tetapi saya berjaya mengingatkan mereka semula pada kepentingan amalan tersebut. And the most important, they will be more appreciated if we can respect their culture. Oleh itu, guru sangat memainkan peranan yang besar bagi menjamin keberhasilan dalam menerap elemen budaya dalam sesi PDP. saya bersetuju dengan statement yang tersebut kerana setiap guru merupakan role model bagi pelajar dan aktiviti akan menjadi lebih menarik jika guru kreatif dan innovative dalam merangsang sesi PDP yang beerkesan. terutamanya dalam pembelajaran yang melibat kumpulan etnik yang berbeza.
|
|
Nur Amyra Kamarudin
Guest
|
Post by Nur Amyra Kamarudin on May 30, 2016 13:52:10 GMT
Assalamualaikum.. First of all, saya bukan seorang guru yang official. Jadi mungkin tidak banyak yang dapat saya kongsikan tetapi saya pernah memberi khidmat selama setahun setengah dalam bidang pendidikan. Jadi pendapat saya adalah sebagai seorang guru dari kaca mata saya dan seorang pelajar dari pengalaman sebelumnya. Pada pendapat saya, subjek seni bukan sahaja memberi pengetahuan kepada pelajar tetapi ia juga mempunyai unsur yang kuat untuk menggalakkan perpaduan. Dalam setiap penghasilan karya secara berkumpulan contohnya, dapat mengurangkan rasa individualisme pelajar dan dalam masa yang sama memupuk semangat bersama atau pon semangat berkumpulan tanpa mengira bangsa dan agama. Pendidikan sebenarnya merupakan medium bagi menyatukan atau intergrate pelbagai kaum untuk mencapai kesepakatan . Melalui pendidikan seni, pelajar dapat belajar dan menerima seterusnya menghormati perbezaan budaya lain. Kalau kita bercakap pasal role model, of course guru paling senang untuk dimodelkan kerana merekalah yang menjadi ejen bagi menyampai kan knowledge atau segala jenis ilmu. Jadi guru perlu peka dengan keadaan sekeliling dan jangan bersikap bias terhadap pelajar lain, walaupon sometimes, keadaan sekeliling yang buat kita nampak atau jadi bias . Bagi saya, mengajar seni di sekolah yang terdapat di Malaysia khususnya memerlukan seorang guru itu mempunyai asas yang baik untuk memahami latar belakang budaya yang berbeza bagi setiap muridnya. Jadi dengan itu, guru boleh menggunakan different approaches untuk deliver art dan dalam masa yang sama membentuk perpaduan antara kaum yang ada.
|
|
Nik Nur Nabihan Bt Nik Anuar
Guest
|
Post by Nik Nur Nabihan Bt Nik Anuar on May 31, 2016 17:34:55 GMT
Assalamualaikum...
Untuk perkongsian mengenai bagaimana P&P Pendidikan Seni Visual dilaksanakan di sekolah pada hari ini tidak banyak yang boleh saya kongsikan dari segi praktikaliti di sekolah kerana saya juga bukanlah datang daripada latarbelakang bidang pendidikan. Pandangan saya pula adalah dari segi pengalaman sebagai seorang pelajar art and design, pereka grafik di dalam industri dan juga sedikit pengalaman sebagai guru ganti pendidikan seni di sekolah rendah. Pada pandangan saya, pendidikan seni di sekolah terutama di Malaysia tidak patut dipinggirkan sebagai subjek yang tidak penting kerana sekiranya kita lihat di negara-negara barat, mereka tidak meminggirkan subjek seni kerana mereka tahu betapa pentingnya subjek pendidikan seni di sekolah dalam memberi kesan dalam perkembangan minda para pelajar. Semasa di sekolah, tidak banyak elemen-elemen kesenian dan kebudayaan kaum lain diketengahkan dalam subjek pendidikan seni semasa saya di tingkatan 5. Kebanyakan hanya berkisar tentang kesenian dan kebudayaan melayu. Namun, berbeza semasa di fakulti seni lukis dan seni reka, para pelajar lebih terdedah dengan elemen multicultural seperti kesenian corak atau pattern yang terdapat dalam budaya kaum cina dan india yang perlu disampaikan dalam tugasan graffiti semasa saya di tahun 2 pengajian. Pendedahan kepada elemen dan budaya pelbagai kaum sebenarnya sangat menarik di mana kita berpeluang menjadi individu yang lebih fleksibel dalam memahami budaya kaum lain. Selain itu, bidang kerja sebagai pereka grafik juga memerlukan saya expose kepada tarikh-tarikh penting seperti tahun baru cina, deepavali, dan krismas di mana elemen-elemen penting dalam kebudayaan mereka perlu difahami dan disampaikan dengan tepat dalam menghasilkan rekabentuk layout yang bersesuaian. Sangat jelas bahawa, kefahaman mengenai elemen multicultural begitu penting dalam bidang pendidikan terutama dalam subjek pendidikan seni di sekolah supaya guru dapat mendedahkan para pelajar mengenai kepentingan toleransi dan perpaduan di antara kaum di Malaysia dengan menggunakan pendidikan seni sebagai satu peluang pendedahan kepada para pelajar.
|
|
|
Post by noor sazwani on Jun 14, 2016 7:18:01 GMT
assalamualaikum dan salam sejahtera. saya merupakan seorang guru di global artd an saya mengajar pelajar yang berbilang bangsa dan kami akan melakukan aktiviti seni kraf dua bulan sekali. apa yang saya dapat, pelajar-pelajar juga sangat berminat dalam aktiviti ini dimana kami akan membuat kraf mengikut tema. seperti contoh, tema tahun baru cina, deepavali, hari raya aidilfitri, halloween, hari ibu, hari bapa dan sebagainya. apa yang saya dapat, pelajar sangat bersungguh-sungguh dalam melakukan kraf mereka dan disamping itu, mereka juga berpeluang untuk belajar dan melakukan sendiri kesenian daripada budaya lain. suasana didalam kelas juga sangat harmoni dimana pelajar -pelajar dapat bekerjasama dan memberi pendapat sesama mereka yang berlainan kaum. disamping itu juga, ia membuatkan mereka menjadi rapat. bagi pendapat saya, proses P&P disekolah juga perlu menerapkan elemen ini kerana pada pengalaman saya semasa di sekolah menengah, saya tidak berpeluang untuk mempelajari budaya lain. saya juga tidak mempunyai ramai kawan daripada kaum lain kerana didalam kelas, kami semua berpuak-puak dan menyebabkan kami tidak rapat antara satu sama lain. mungkin disekolah masa kini sudah mula menerapkan ini, tetapi masih belum kuat. saya sangat berminat dengan topik budaya ini kerana dari situ saya dan para pelajar dapat mempelajari dengan lebih meluas mengenai budaya lain.
|
|
Siti Soraya binti Ramli
Guest
|
Post by Siti Soraya binti Ramli on Jun 14, 2016 8:29:23 GMT
Saya amat berminat untuk mendapatkan perkongsian pengalaman daripada guru dan para pelajar tentang bagaimana P&P Pendidikan Seni Visual dilaksanakan di sekolah hari ini dan bagaimana elemen budaya dikalangan pelajar yang berbilang bangsa diterjemahkan dalam pengajaran. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Tidak dapat dinafikan, di dalam silibes PSV banyak menekankan elemen Kemelayuan berbanding etnik lain sedangkan negara kita ini terdiri daripada pelbagai kaum. Pada pendapat saya adalah satu kerugian besar untuk kita semua secara amnya, dan khasnya orang Melayu kerana tidak didedahkan dengan kesenian dan kebudayaan kaum lain. Semua sedia maklum, dengan mendedahkan diri dengan kesenian dan kebudayaan lain dapat menjadikan seseorang itu lebih berilmu dan versetail. Tidak hanya itu, "being outside from your comfirt zone make you became more stronger". Pengalaman mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur banyak mengajar saya dalam erti kebudayaan. Perbezaan dari aspek pergaulan sangat ketara di kalangan pelajar sekolah antarabangsa jika dibanding dengan sekolah menengah harian. Saya mengambil pendekatan positif yang diamalkan di sekolah antarabangsa dengan mempraktikkannya di sekolah menegah harian. Bermula dengan kelas PSV, saya menanamkan perasaan kekeluargaan dikalangan pelajar. Dari aspek pembelajaran, saya akan menerangkan mengikut silibes dan memberi kebebasan kepada pelajar untuk menerapkan budaya mereka di dalam latihan. Selain itu, p&p saya juga banyak berbantukan daripada sumber di internet sebagai contoh video aktiviti seni youtube. Saya tidak mahu pelajar saya terikat dengan sumber yang terdapat di sekolah sahaja, saya mahu mendedahkan mereka dengan dunia dan budaya luar. Selain daripada itu, saya juga mengintegrasikan aktiviti kesenian di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti Bulan Kemerdekaan dan Bulan Bahasa. Dengan cara ini seluruh isi sekolah dapat mengenal dan membuat aktiviti kesenian.
|
|
siti athirah abdul rahim
Guest
|
Post by siti athirah abdul rahim on Jun 14, 2016 17:34:06 GMT
Jika kita berbincang tentang perpaduan kaum di sekolah, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menyemai sikap perpaduan di dalam pelajar. Buat masa ini, saya bukanlah seorang guru, tapi saya pernah menjadi guru praktikal di sekolah menengah selama beberapa bulan. Pada mula-mula saya mengajar pelajar di dalam satu kelas tingkatan 2, saya dapat lihat para pelajar belajar dan berkawan dengan kaum masing-masing sahaja. Ada juga di antara mereka yang sisihkan pelajar India. Jadi, untuk atasi jurang itu, setiap kali mereka masuk ke studio seni, saya akan aturkan mereka untuk duduk secara bercampur-campur. Dan untuk membuatkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi antara satu sama lain, saya akan berikan kerja atau tugas secara berkumpulan. Salah satu aktiviti yang saya pernah lakukan ialah membuat tanglung dari bahan terbuang. Melalui aktiviti itu, saya dapat lihat pelajar dari kaum Cina menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar. Jadi, saya rasa aktiviti seni yang dilakukan oleh guru di dalam kelas perlulah melibatkan semua kaum bukan saja tertumpu pada kaum Melayu.
|
|
|
Post by Irma Rahayu on Jun 16, 2016 10:00:54 GMT
Saya amat berminat untuk mendapatkan perkongsian pengalaman daripada guru dan para pelajar tentang bagaimana P&P Pendidikan Seni Visual dilaksanakan di sekolah hari ini dan bagaimana elemen budaya dikalangan pelajar yang berbilang bangsa diterjemahkan dalam pengajaran. My experience taught visual arts subject for almost 12 years in high school . When asked the question of how Visual Arts Education are being taught school today and how the elements of culture among students of different racial translated into teaching rather difficult for me to answer . This is because the teachers are very committed to the malays cultural art just. While the reality we live in multi-racial Malaysia . Culture of other races should also be taught in schools so that teaching and learning more interesting and very informative for all races . Another way of promoting the culture is through the celebration of the various races are held at the school level . Namely teachers take their own initiative to make a decoration based on the theme of each culture.However each teacher must have a basic knowledge of other cultures to establish itself in teaching and learning to the students so that we are not bound by the syllabus alone. This is because the cultural element in students start eroded bit by bit because they are more easily influenced by foreign cultures.
|
|
|
Post by Fatin Nur Tiara on Jun 17, 2016 2:21:32 GMT
Saya amat berminat untuk mendapatkan perkongsian pengalaman daripada guru dan para pelajar tentang bagaimana P&P Pendidikan Seni Visual dilaksanakan di sekolah hari ini dan bagaimana elemen budaya dikalangan pelajar yang berbilang bangsa diterjemahkan dalam pengajaran. Salam semua, bagi saya elemen budaya telah lama diterapkan dalam P&P Pendidikan Seni Visual di sekolah. Melalui pengalaman saya sewaktu di sekolah, guru Pendidikan Seni Visual memberikan kami tugasan berkumpulan. Di dalam kelas kami, terdapat pelajar dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Kami dibentuk menjadi satu kumpulan untuk membuat tugasan mengikut topik yang diberikan oleh guru. Melalui kerja berkumpulan, kami dapat berkongsi maklumat dan pengalaman yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan melalui perbincangan dalam kumpulan. Malah guru kami banyak memberi info yang berkaitan dengan seni yang dihasilkan melalui kreativiti setiap bangsa sebagai contoh untuk kami memahami topik yang dipelajari. Ini kerana, setiap bangsa mempunyai adat, motif kesenian dan kepercayaan mereka yang tersendiri yang dapat dilihat disekeliling kami. Oleh itu, topik yang terdapat di dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual adalah secara umum. Dengan itu kreativiti pengajaran yang disampaikan oleh guru dapat dibentuk dimana mereka boleh menerapkan elemen budaya dari pelbagai bangsa sebagai idea tambahan di dalam kelas. Elemen budaya dari pelbagai bangsa memberikan banyak idea dan maklumat yang menarik yang boleh dipraktikkan mengikut kesesuaian topik yang ada didalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini kerana dengan gabungan idea melalui elemen budaya dan topik yang diajar, ia dapat memberikan pelajar dua pengetahuan dalam satu masa serta meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mereka. Tambahan pula, dengan penggunaan teknologi dan internet yang terdapat di sekolah pada masa kini dapat memudahkan guru untuk menyampaikan pengajaran mereka secara ringkas dengan contoh yang pelbagai didalam internet. Ini menjadikan proses P&P di dalam kelas dapat dipertingkatkan dan elemen budaya dapat diterapkan di sekolah.
|
|
siti hajjar mohamad nor
Guest
|
Post by siti hajjar mohamad nor on Jun 23, 2016 4:00:20 GMT
Assalamualaikum.. pada pendapat saya berkenaan dengan isu pendidikan dalam konteks budaya, rakyat Malaysia terlalu emosi dan sering menggunakan alasan berlainan cara hidup untuk memahami budaya kaum lain. sikap perkauman yang terlalu kuat menjadikan sistem pendidikan terutama nya dalam bidang seni visual menjadi terbatas kerana mereka tidak mahu untuk mengenali secara lebih mendalam budaya kaum lain. sebagai guru tadika saya sering menggalakkan kepada golongan muda iaitu golongan anak kecil untuk memahami dan jangan streotaip terhadap budaya kaum lain.golongan muda seharusnya di ajar dengan adab sopan bila berhadapan dengan bangsa lain supaya bangsa turut bersikap yg sama terhadap kita..
|
|
|
Post by Nurul Ain on Jun 29, 2016 13:55:24 GMT
Salam....ini adalah sekadar pandangan daripada saya, harap tiada yang terguris atau terasa yea.. saya pun bukanlah seorang guru yang tahu selok belok kementrian pendidikan kita dan tiada pengalaman sebagai seorang guru dimana2 sekolah. Tetapi saya berpengalaman sebagai soerang guru part time di art centre milik pihak swasta. Pada pendapat saya, sebagai seorang guru yang berpendidikan tinggi, sememangnya mereka perlu tahu cara bagaimana untuk mendekati anak murid mereka. Seorang guru perlu tahu bagaimana untuk menerapkan teori2 yang telah diperkenal dalam pendidikan dan perlu mengikut kesesuaian peredaran zaman. Saya mengajar pelajar yang berbilang kaum. Saya tidak menunjukkan sebarang ketidaksamaan kerana bagi saya ia tidak adil kepada para pelajar. Niat mereka sebagai seorang murid lebih-lebih lagi kanak-kanak sememangnya niat mereka adalah murni. Mereka hanya ingin mendapatkan pendidikan daripada seorang guru. Mengapa seorang guru perlu bertindak sedemikian? Ia menunjukkan sikap yang tidak profesional dan sangat memalukan sebagai seorang guru. Berbalik kepada bagaimana untuk menerapkan elemen budaya dikalangan pelajar sebagai contoh, kami jalankan aktiviti penghasilan art craft pada setiap perayaan yang akan datang. Contoh jika perayaan Cina, kami akan menghasilkan art craft yang menunjukkan perayaan tersebut. Yang terbaru ini, kami telah menghasilkan satu art craft untuk perayaan Aidilfitri. Kesemua pelajar tidak kira kaum akan menghasilkan art craft tersebut setiap seorang. Mereka akan lebih menghargai setiap kaum itu apabila menghasilkan art craft ini dan dapat membawa ia balik kerumah dan jadikan ia sebgai satu hiasan. Ini adalah satu cara untuk menerapkan elemen budaya kepada para pelajar. Bagi saya ia sangat berkesan dan munkin perlu dicontohi.
|
|
|
Post by Nor Suliana on Oct 4, 2016 15:53:04 GMT
Seni memainkan peranan penting dalam pembentukkan budaya sesuatu Negara. Kepelbagaian budaya di Malaysia menjadikan Negara kita unik dan berbeza. Pada pendapat saya, karya-karya seni yang dihasilkan oleh pelukis muda lebih bersifat “individualistic”. Pelukis muda lebih cenderung untuk menghasilkan karya yang moden dan mempunyai nilai komerisal yang tinggi berdasarkan budaya popular berbanding budaya tempatan. Sebagai contoh, karya seni daripada Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) yang diiktirafkan oleh sesetengah pihak sebagai “an expression of cultural values”. Karya seni APS lebih mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia sebagai teras kebangsaan dan menyatipadukan peminat seni lukis di seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa. Kemudian wujudnya Wednesday Art Group yang bertemakan “art as self-expression”. Antara pelukis Wednesday Art Group ialah Cheong Laitong, Patrick Ng Kah Onn, Jolly Koh, Antony Lau, Dzulkifli Buyong, IsmailMustam, Hajedar Abdul Majid, Mustapha Mahmud, Zakaria Noor, Ho Kai Peng, LiauSiat Moi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hon dan Abdul Halim Mat. Ini menunjukkan gabungan bangsa-bangsa di Malaysia dalam satu kumpulan seni dan menyampaikan mesej budaya tempatan dalam karya mereka. Contohnya karya daripada Dzulkifli Buyong, “Kapal Kertas” (1966), beliau telah menggambarkan suasana budaya tempatan di desa. Kanak- kanak di dalam gambar jelas memperlihatkan cirri-ciri kanak-kanak Melayu di perkampungan Melayu. Ianya ditonjolkan dengan pakaian tradisional baju kurung dan kertas akhbar bertulisan jawi di dalam karya tersebut. Ini menunjukkan kehadiran pelbagai bangsa dan budaya dalam kumpulan seni ini. Kumpulan ini mempamerkan tema tempatan dengan menyampaikan mesej alam dan budaya hidup bermasyarakat.
|
|