Ahmed Waliyuddin Basri
Guest
|
Post by Ahmed Waliyuddin Basri on Jan 12, 2017 15:16:21 GMT
salam...dibawah topik art and beliefs in Multicultural Malaysia...pada pendapat saya...seni dan kepercayaan adalah dua benda yang tidak boleh dipisahkan dan ianya saling berkait rapat. menurut Abdul Halim Nasir (1986), seni ukiran Melayu telah bermula beratus tahun yang lalu yang berunsurkan flora, fauna dan kosmos kerana masyarakat pada masa itu menganuti agama animisme. Beberapa artifak yang ditemui di Pengakalan Kepas, Negeri Sembilan (Batu Kemudi) dan Gua Tambun, Perak menguatkan lagi amalan ukiran kayu yang telah diamalkan semenjak berkurun dahulu. Perubahan kesenian ukiran juga brkait rapat dengan perubahan agama yang ibawa oleh pedagang dan perantau seperi pengaruh agama Hindu dimana hasil ukiran berpandukan dewa-dewa seperti Siva dan Krishna yang bertujuan untuk pemujaan. pengaruh Hindu dan Buddha dpat dilihat melalui elemen yang diterapkan dalam ukiran seperti Kala, Makala, Gunungan, Kosmik, teratai dan lain-lain. ukiran motif pada kapal yang berinspirasikan naga menunjukkn simbol kekuatan dan kegagahan. Motif bangau pada sampan nelayan membawa maksud kepada kepercayaan bahawa bangau adalah haiwan yang mahir dan cekap menangkap ikan dan memberi rezeki kepada nelayan.Batu Bersurat, Terengganu adalah buktiasukan pen kemgaruh agama Islam. penerapan khat pada batu tersebut membuktikan perubahan agama dan budaya pada masa itu. kepercayaan tauhid yang dibawa oleh agama Islam diterapkan melalui ukiran dimana pengukir mendalami dan menghayati sifat ciptaan yang diaplikasikan pada ukiran tetapi diubah kepada bentuk yang mudah dan abstrak contohnya pada ukiran Itik pulang petang . Seni ukiran Khat dan Kaligrafi dapat dilihat pada Masjid Kmapung Kling melaka. selain itu kesenian dan agama berkait rapat dengan adanya pertembungan dalam senibina masid Beijing, Kelantan dimana senibinanya ilham daripada senibina Cina tetapi dibuat pada masjid yang digunakan oleh orang yang beragama Islam. kesenian di Malaysia di pengaruhi oleh beberapa agama akibat dadipada kemasukan pedagang dan migrasi penduduk daripada China, India, Sumatera dan Arab yang banyak memeri pengaruh dalam kebudayan dan kesenian di Malaysia. salam. benar, setiap bangsa memiliki kesenian dan adat masing-masing yang menarik. sebagai contoh, pengaruh bangsa cina, india dan juga kristian kita dapat lihat dalam aspek pertembungan budaya dalam sejarah kesenian islam. seperti kita sedia maklum, beberapa monumen atau bangunan-bangunan islam di dunia banyak menerima pengaruh daripada bangsa agama luar. pengaruh yang diterima masuk didalam seni islam termasuklah seni ukiran, warna, bentuk, saiz dan sebagainya. benar, apa yang cik terangkan bahawa di kesenian islam di malaysia juga tidak terkecuali menerima pengaruh dripada agama lain. sebagai contoh yg jelas, al-quran juga menerima mengaruh daripada kesenian agama lain. pengaruhnya dapat dilihat pada 'bidar' pada setiap helai naskah al-quran tersebut. melalui penggunaan warna, design dan sebagainya.
|
|
Ahmed Waliyuddin Basri
Guest
|
Post by Ahmed Waliyuddin Basri on Jan 12, 2017 15:32:25 GMT
Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi tentang konsep silang budaya di Malaysia terutamanya dalam pendidikan di sekolah. Perbezaan yang wujud di antara manusia itu sangat indah dan menarik. Silang budaya - berdasarkan definasi silang budayaberkaitan dengan perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Terdapat pelbagai kaum di Malaysia. Contohnya kaum India, Cina, Melayu dan orang asli. Namun kehidupan rakyat yang pelbagai masih mengekalkan keamanan negara malaysia. Hal ini jelas membuktikan sebilangan besar rakyat maalysia telah memupuk nilai keterbukaan dalam diri masing-masing. Nilai ini sangat penting kerana dalam menjalani kehidupan masyarakat yang majmuk amat sukar jika kita masing-masing mementingkan diri sendiri. Kesannya kita dapat lihat apabila keharmonian antara masyarakat akan menjadi kucar-kacir disebabkan masyarakat tidak prihatin dengan sensitiviti sesuatu kaum yang terdapat di sekeliling kita. Silang budaya di Malaysia berlaku apabila; - Perkahwinan diantara kaum yang berbeza - Pergaulan yang positif antara pelbagai kaum - Pembelajaran mengenai kaum-kaum di Malaysia - Konsep 1 Malaysia - Perayaan PERKAHWINAN DIANTARA KAUM YANG BERBEZA - Kahwin campur adalah suatu keadaan yang bukan janggal di kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Secara umumnya, masyarakat dapat menerima hakikat bahawa kahwin campur kerana ia dapat memperkaya masyarakat serta dapat mengukuhkan hubungan antara kaum. Kahwin campur boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama. Contoh jelas yang dapat dilihat apabila seorang lelaki melayu berkahwin dengan seorang perempuan india atau perempuan melayu berkahwin dengan lelaki keturunan cina atau pun contoh lainnya ialah perkahwinan kaum antara kaum orang asli yang berbeza etnik PERGAULAN YANG POSITIF ANTARA PELBAGAI KAUM - Silang budaya juga boleh berlaku dengan wujudnya pergulan yang positif antara kaum. Contah pergaulan yang positif antara kaum adalah gotong-royong, belajar secara berkumpulan di sekolah, melibatkan diri dengan sambutan rumah terbuka, kerja berpasukan dalam sukan dan permainan dan banyak lagi PEMBELAJARAN MENGENAI KAUM-KAUM DI MALAYSIA - Seperti yang kita sedia maklum di sekolah, kerajaan telah mewujudkan mata pelajaran pendidikan moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kedua-dua mata pelajaran ini adea membincangkan mengenai budaya-budaya dan adat resam kaum-kaum di Malaysia. Kesannya semua pelajar telah terdedah dengan nilai-nilai masyarakat yang terdpat di Malaysia. KONSEP 1 MALAYSIA - Kerajaan juga amat mempengaruhi persilangan budaya di Malaysia. Contohnya, Perdana menteri Malaysia telah melancarkan konsep 1 Malaysia. Konsep satu Malaysia ini memupuk semua kaum di malaysia agar tidak mewujudkan jurang antara kaum. Hal ini amat penting kerana peristiwa 13 Mei telah banyak memberi pengajaran kapada semua rakyat Malaysia. Oleh itu konsep satu malaysia ini diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia agar keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. Selain itu,semua rakyat malaysia mestilah bersatu hti walaupun latar belakang yang pelbagai. PERAYAAN - Masyarakat yang majmuk di Malaysia telah mewujudkan pelbagai agama dan perayaan yang dirayakan. Oleh itu budaya rumah terbuka sering dimalkan apabila tibanya musim perayaan contohnya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan Hari Krismas. Rumah terbuka ini diraikan dengan meriah dengan kehadiran pelbagai kaum. Melalui aktiviti kunjung-mengunjung ini, hubungan antara kaum akan dapat dieratkan. Setiap rakyat Malaysia juga berpeluang mempelajari dan menghayati perayaan pelbagai kaum di Malaysia. salam. saya cuma ingin berkongsi pengalaman sewaktu saya sendiri mengajar subjek pendidikan seni dalam sebuah sekolah menengah. hal yang ingin saya ceritakan adalah terdapat beberapa perkara yang saya kira berat sebelah dalam organisasi sekolah bagi aspek pelajarnya. seperti kita sedia maklum di dada akhbar sering mengutarakan pendapat, sokongan dan sebagainya untuk meningkatkan elemen menghormati budaya lain. walaubagaimanapun, di sekolah saya mengajar ini mereka tidak begitu menekankan aspek budaya bangsa lain. mereka lebih menekankan pengetahuan untuk aspek kaum majoriti sahaja. jadi bagaimana pula untuk kaum minoriti? mereka juga perlu menyerlahkan adat dan budaya kaum mereka kepada kaum yang lain. namun, sokongan dan dorongan sepatutnya tidaklah dilacarkan seperti yang telah digebangkan pada dada akhbar. ibarat indah khabar daripada rupa. jadi saya sebagai pelajar dan juga guru seperti merasakan perlu menekankan dan juga menghormati kaum lain. sebagai contoh merayakan perayaan mereka seperti deepavali, pesta tanglong, gawai dan sebagainya. hal ini juga dpt memupuk pelajar untuk mempelajari dan juga menikmati pengalaman dalam merayakan perayaan kaum lain. sebagai contoh, mereka dapat mempelajari mitos ataupun sejarah disetiap perayaan yang dirayakan.
|
|
Ahmed Waliyuddin Basri
Guest
|
Post by Ahmed Waliyuddin Basri on Jan 12, 2017 15:36:50 GMT
Assalamualaikum...sebagaimana yang di ketahui umum, malaysia terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Daripada sistem pendidikan,seharusnya menyatupadukan antara satu sama lain. Ssranan untuk mengadakan pendidikan silang budaya dalam sistem pendidikan negara bagi mempertingkat perpaduan kaum yang kian rapuh bukan sahaja perlu dialu-alukan. Ia juga hendaklah dilakukan segera memandangkan wujudnya polarisasi kaum yang serius di sekolah, institusi pengajian tinggi dan tempat bekerja akibat pengasingan etnik yang dibenarkan dalam sistem pendidikan kita. Sebenarnya pendidikan sedemikian tidak pun diperlukan jika sistem pendidikan kita mewajibkan percampuran etnik. Pergaulan Ini kerana pergaulan n yang bermula di sekolah rendah itu akan terus berkekalan sehingga dewasa kelak atas dasar kanak-kanak yang belajar bersama-sama sewaktu kecil didapati akan mengekalkan persahabatan itu apabila besar dan sampai ke tua pula. Namun dengan tiadanya sistem begitu yang bukan sahaja menggalakkan pergaulan, tetapi yang sememangnya mampu mewujudkan perpaduan secara semula jadi, pendidikan silang budaya ini sangat diperlukan. Walaupun ia mungkin dipelajari sesetengah pihak untuk tujuan ujian dan peperiksaan semata-mata, sekurang-kurangnya ia akan mendedahkan pelbagai persamaan dan perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang berlainan warisan budaya itu di tiga wilayah berbeza. Erat hubungan etnik Pendedahan ini penting bukan sahaja untuk mewujudkan toleransi dan penerimaan, ia juga diyakini dapat mempererat hubungan etnik di negara ini. Ini keranaPengetahuan yang akan membawa kepada pemahaman mengenai budaya kaum lain akan memaparkan dinamika pelbagai budaya yang akan mempermudah kita semua bergaul antara satu sama lain. Selain itu, ia juga akan mengurangkan buruk sangka, kejutan budaya dan salah konsep selepas kita mula mengenali sesuatu kaum lain. Kesempatan berinteraksi terhad dalam kalangan kita akibat sistem pendidikan yang jumud dan pergaulan bebas kerana tidak pernah wujudnya persahabatan mesra yang terjalin sewaktu persekolahan dahulu, sebenarnya adalah masalah besar yang menyebabkan kita semua tidak ikhlas ketika bergaul antara satu sama lain untuk mewujudkan tahap perpaduan baik. Masalah ini akan berkurangan, malah akan hilang terus apabila golongan muda kita bergaul untuk kenal mengenali mulai di sekolah rendah lagi. Oleh itu, sistem pendidikan kita yang membenarkan pengasingan etnik yang berlaku pada usia muda itu, hendaklah dirombak. Sehubungan ini, bukan sahaja sekolah vernakular dan agama yang terbabit secara langsung, sekolah kebangsaan juga tidak terkecuali kerana ia yang sepatutnya membekalkan pendidikan nasional sudah tersasar. Kini sekolah kebangsaan didapati lebih banyak membekalkan pendidikan Melayu Muslim. Oleh itu, perlu ada penstrukturan semula atas sekolah kebangsaan, sekolah agama dan sekolah vernakular supaya pendidikan nasional itu diberi keutamaan oleh semua pihak untuk melahirkan anak bangsa yang dapat memperlihat identiti nasional Malaysia yang sama secara tersurat. Ini pasti akan terjadi dengan mudahnya apabila pendidikan nasional yang mementingkan bahasa Melayu, sejarah negara dan warisan tradisi dalam bentuk pendidikan silang budaya, merupakan asas pendidikan negara yang utama, bukannya pendidikan etnik di sekolah vernakular dan pendidikan kerohanian di sekolah agama. Dampak sosial ini pasti dapat memperlihat identiti nasional diterapkan dalam identiti peribadi golongan muda selepas mereka menerima kepercayaan, nilai dan aspirasi identiti nasional Malaysia melalui pendidikan nasional itu. Identiti nasional ini perlu dipupuk secara sedar dan tegas dalam sistem pendidikan negara. Ini penting bukan sahaja kerana ia dapat memupuk perasaan keterikatan kepada negara, pengungkapan identiti nasional pada rakyat sebenarnya adalah sikap positif patriotisme. Papar identifikasi kaum Dengan pendidikan nasional diberi keutamaan paling signifikan, seperti yang berlaku pada banyak sistem pendidikan negara lain, kita pasti akan melihat rakyat Malaysia yang dapat mempamerkan identifikasi yang cepat lagi mudah dengan negara ini dalam kehidupan seharian mereka, iaitu fasih berbahasa Melayu yang merupakan bahasa negara dan bersikap sederhana sesuai dengan Malaysia sebagai negara berbilang kaum. Dengan ada semua ini, baharulah kita boleh dianggap sebagai sebuah komuniti nasional Malaysia yang memiliki perasaan positif terhadap negara, selain mempunyai sentimen kewajipan terhadap kebajikan semua kaum di tiga wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sosialisasi identiti nasional melalui pendidikan nasional ini pasti akan memberi sumbangan agam kepada keharmonian dan kesejahteraan perpaduan negara dan integrasi nasional yang sangat diperlukan di Malaysia.
|
|
Ahmed Waliyuddin Basri
Guest
|
Post by Ahmed Waliyuddin Basri on Jan 12, 2017 15:45:23 GMT
saya sokong dengan apa yang telah awak bincangkan. para pelajar perlu didedahkan lebih awal dalam aspek budaya dan adat. mereka perlukan didedahkan sewaktu dibangku sekolah tadika atau taska lagi supaya mereka tidak terkejut dengan beberapa kaum, budaya dan adat lain. ini juga mememupuk mereka supaya lebih mengenali budaya lain selain daripada menghormati kaum tersebut. didalam aspek sekolah, guru dan juga staf lain perlu memainkan peranan yang sangat perting untuk lebih memdedahkan budaya daripada kaum lain. selain itu juga ibubapa juga perlu menyokong guru serta anak mereka dalam memepelajari budaya kaum lain. oleh itu, kerajaan juga sedikit sebanyak telah membantu dan merialisasikan beberapa program yang berkaitan dengan isu kebudayaan seperti 1 sekolah 1 sukan. melalui program tersebut para pelajar serta guru dpt mempelajari beberapa permainan tradisional kaum lain seperti konda kondi, teng teng, mahjung dan sebgainya. selain itu program rimup juga dapat meningkatkan lagi tahap kefahaman dan keterimaan diri terharap budaya yang diamalkan oleh kaum lain.
|
|
Ahmed Waliyuddin Basri
Guest
|
Post by Ahmed Waliyuddin Basri on Jan 12, 2017 15:57:48 GMT
Perkahwinan merupakan adalah penting untuk agama dan juga sosial praktis. Perkahwinan juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara keluarga. Terdapat pelbagai adat perkahwinan dalam masyarakat melayu antaranya ialah "merisik atau menengok", meminang, bertunang, berinai seperti berinai curi, berinai kecikdan berinai besar, bersanding. Adat berinai merupakan satu adat daripada masyarakat hindu. Kebanyakan adat dalam masyarakat melayu telah diubah ataupun kurang digunakan. Contohnya seperti malam berinai, masyarakat masa kini menjadikan malam berinai sebagai satu festival untuk berkumpul dan mengenakan atau memilih tema dan pelamin yang sesuai.Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Dalam adat india pula terdapat 7 langkah perkahwinan, anataranya jaimala, kanyadanmadhupak, havan,rajahan, gath bandhandan mangalphera. salam. berbincang mengenai perkahwinan pasti ada isu penceraiannya, bukan? baik. bagi masyarakat melayu iaitu islam, kaum lelaki boleh berpoligami sekiranya mereka mampu. namun perlukan dimaklumkan kepada isteri dahulu. apa yang say tahu, kebiasaannya mereka yang ingin berpoligami namun tidak direstui atau dibenarkan oleh pihak ketiga akan bernikah di negara seberang. walaubagaimanapun, perkahwinan mereka tidak diiktiraf dan tidak memiliki sijil nikah yang sah. bagi masyarakat cina pula, mereka hanya boleh bernikah hanya sekali sahaja. namun sekiranya perkahwinan tidak dikurniakan cahayamata, suami boleh menceraikan isterinya dan berkahwin dgn wanita lain untuk mendapatkan cahayamata. hal ini kerana mereka sangat mementingkan cahayamata dlm perkahwinan bagi meneruskan gelaran keluarga. bagi masyarakat india, mereka juga tidak dibenarkan untuk berpoligami atas alasan yang tersendiri. sebagai contoh, hal ini akan dibangkitkan kerana dalam perkahwinan masyarakat india, pihak wanita yang akan membayar 'dowri' kepada pihak lelaki. oleh sebab tersebut, pihak lelaki tidak memiliki hak untuk berkahwin lebih daripada satu.
|
|
Ahmed Waliyuddin Basri
Guest
|
Post by Ahmed Waliyuddin Basri on Jan 12, 2017 16:07:36 GMT
i would like to share some information and thought on multi-cultural in our Malaysian education. Based on my reading, as many scholars have agreed, multiculturalism proclaims cultural equality. The drive towards multiculturalism and education has gained incredible thrust over the past twenty years (Isa, 2016). The tremendous variety of cultural, ethnic, religious and socioeconomic clusters in school today calls for multicultural education programs that reflect understanding and respect for other people differences. Living in multicultural society requires a high level of understanding and respectfulness to those from other cultures. According to Abdul Razak (2005), Razak Report in 1956 stated that good education supposed to produce diversity in Malaysia, and also encourage understanding of different cultures and way of life. one of the best ways to inculcate this value is through arts education. According to Chalmers (1996) art is a powerful, pervasive force that helps to shape attitude, beliefs, values and behaviors. Thus, art is not just an ordinary subject. The teaching of art in schools or in higher learning institutions, in any part of the world, is varied from one place to another. However, in my opinion, I believe that our Malaysian education is still lack in multicultural integration at national elementary schools. Based on my observation, most elementary schools in Malaysia are not really reflecting multicultural education in their school’s instruction and assessment. For instance, based on my very own experience, all of my primary schoolmates are Malays although there have other races like Chinese and Indians community around that school perimeter. However, they prefer National-type schools like SJK (C) and SJK (T) compared to mixed schools (SK) because they afraid of their children survival in multiracial schools. Therefore, I agree with that teachers should promote more multicultural education in Malaysia elementary schools to share national unity. Any of you agreed with it? yes. i also agreed with suffi's statement at the last paragraph. The research conducted by Najeemah (2005) showed that the practice of multicultural education among teachers in Malaysia is below the desirable level. The teachers involved in the research adduced four reasons for their lack in practising multicultural education in schools. najeemah also stated 4 items that contribute with the main problem statement. Firstly, teachers do not know or do not understand as to what constitutes a multicultural education. Secondly, teachers lack the knowledge in applying the pedagogical approach relating to an effective multicultural education. Thirdly,teachers do not receive any encouragement to learn about a pedagogical approach that leads to multicultural education. Fourthly, teachers lack the awareness of their full responsibility as educators to prompt them to utilize a pedagogical approach relating to an effective multicultural education. however, he research carried out by Abdul Razaq, Norhasni, Zalizan and Anisa (2011) also suggested that the Ministry of Education Malaysia (PKM) seeks a mechanism to improve on the degree of acceptance toward the issue of diversity in schools among teachers in order to ensure that the quality of education is one that is free from any form of prejudice toward any race in Malaysia.
|
|
Ahmed Waliyuddin Basri
Guest
|
Post by Ahmed Waliyuddin Basri on Jan 12, 2017 16:16:50 GMT
Salam. Berikutan arus perdana yang semakin rancak, perlunya pemeliharaan dan pemuliharaan barangan tradisional seperti perhiasan lama yang berupa perhiasan emas. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang meliputi sebilangan besar kaum Melayu, Cina, dan juga India memperkayakan lagi identiti Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Oleh yang demikian, perhiasan lama yang diwarisi dari setiap kaum juga mempunyai keistimewaan dan perlambangan yang tersendiri. Sebagai contoh, Melayu dengan dokoh, cucuk sanggul, pending. Manakala China juga menggunakan ccuk sanggul yang juga telah memberi pengaruh kepada cucuk sanggul Melayu.Seterusnya, Kaum india yang kaya dengan perhiasan yang berunsur alam dan juga ketuhanan. Unsur alam yang paling ketara adalah penggunaan motif merak, bunga-bungaan. Unsur ketuhanan seperti perlambangan kepada kekuasaan dewa yang mana membawa tuah serta perlindungan kepada si pemakai.Manakala perhiasan china pula lebih berunsur kepada jed. Namun begitu, masih ada sebilangan masyarakat China yang mengenakan emas sebagai perhiasan.Selain itu, perhiasan China lebih mengarah kepada yin dan yang kehidupan seseorang. Sebangai contoh, PEnggunaan batu permata yang berwarna biru firus membawa maksud kesejahteraan. Sehubungan itu, semua perhiasan ini seharusnya dikekalkan identitinya kerana generasi akan datang dikhuatiri terpinggir serta membawa identiti yang semakin tidak dikenali. Sebagai contoh, perhiasan emas Melayu yang diukir halus berinspirasikan flora semakin dilupakan berikutan penerapan motif-motif moden di dalam seni halus yang melibatkan pembuatan emas. Justeru, untuk mengelakkan hal ini daripada berterusan berlaku yang mana diyakini semakin digemari seharusnya, pembuatan seni halus yang dilakukan oleh juru tukang seharusnya dipantau agar setiap unsur yang diterapkan walaupun sudah dimodenkan seharusnya masih dalam kedaan mengekalkan identiti bangsa. Namun demikian, pertembungan budaya yang diserap masuk ke Malaysia semakin diterima. Oleh yang demikian, perlunya pendidikan yang menekankan isu kebangsaan walaupun pembawakan budaya luar semakin galak kini. salam. saya tertarik dengan ayat awak yang menyebut 'unsur ketuhanan'. benar pada setiap perkakasan lama sebagai contoh alatan perang kaum melayu mereka juga tidak terkecuali menerima pengaruh dan memasukan unsur ketuhanan didalam alatan perang mereka. sebagai contoh, ayah saya memiliki sebilah keris yang diwarisi secara turun temurun yang ditempa khas. apa yang ingin saya jelaskan disini adalah, keris tersebut memiliki ayat 'LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULALLAH'. sehingga sekarang saya masih terfikir bagaimanakah cara penempa keris tersebut menempa besi keris tersebut dengan menerapkan ayat sebegitu. ayat tersebut berbentuk ukiran. dan saya sangat kagum melihatnya. oleh itu, aspek ketuhan bukan sahaja dpt dilihat didalam budaya agama lain malah didalam budaya agama islam juga. benar, kita sebagai generasi muka perlulah mempelajari sedikit sebayak tentang penggunaan yang sebenar alatan perang selain daripada itu mempelajari sejarah kewujudan setiap alatan perang kaum-kaum yang lain.
|
|
Ahmed Waliyuddin Basri
Guest
|
Post by Ahmed Waliyuddin Basri on Jan 12, 2017 16:29:38 GMT
POLITICS AND PROPAGANDA ISSUES IN CROSS CULTURAL ART IN MALAYSIA. While we keep on urge the society to unite all the elements of every culture in arts, I wonder how far can it be implemented in Graphics design. There is a difference in the representation of multi-cultural and mono-cultural societies. The question that must always be answered through the web design is “Who is the target audience?” This is why Malaysia makes such an interesting case study. Malaysian government sites have presented themselves as if they were representing a Malay monoculture. In the Malaysian context, the universal model is already demonstrated and practiced in most Malaysian commercial websites. All private commercial websites try to avoid bias of any race's culture. They came out with universal design and claimed the design multicultural ( as it suits all races in Malaysia). Is that what we can really call multicultural or 1 Malaysia approach? Here the motive appears to be different; to capture as much interest across the society without causing exclusion or ethnic preference while still appealing to the idea of national unity, a sense of community, and collaboration. The age of globalization can be tough on the narrow and insular nationalistic vision and much more encouraging of wider inclusion without having to lead to the the non-culture, which carries the identity of nobody at all. In he effort to "not being bias to any race" in website design, I worried that one day Malaysia will lost the identity in the world's eyes, as all designer avoiding using any motive that represent any culture. Just because they afraid to be judged as bias. salam. benar apa yang anda bincangkan. sesetangah pengkarya takut dan bimbang sekiranya terdapat unsur unsur negatif didalam harsil karya mereka. walaubagaimanapun, kita jugak tidak boleh terus menyalahkan mereka. mungkin itu adalah satu cara bagi mereka untuk meluahkan sesuatu menerusi karya seni. sebagai contoh, sekarang terdapat beberapa pengkarya yang berani dalam melontarkan pendapat dan perasaan mereka berkaitan politik negara menerusi kartun. kartunis tersebut ialah Zunar. seperti apa yang dapat kita lihat, zunar sangat berani menggunakan imej kartun para pemimpin negara dalam melontarkan perasaan dan meluahkan apa yang ingin disampaikan melalui kartu yang direka. walaubagaimanapun, kartun animasi seperti upin ipin dan juga kampung boy tidak terkecuali menerima tempiasnya. sesetengah masyarakat merasakan ada beberapa isu ketidakpuasan hati dalam animasi yang diwatakkan. namun, bagi menutup tomahan tersebut, pengkarya menggunakan elemen kaum dan budaya lain untuk menjadikan animasi tersebut lebih saksama dan adil dari segi budaya, agama dan bangsa kaum tersebut.
|
|
Ahmed Waliyuddin Basri
Guest
|
Post by Ahmed Waliyuddin Basri on Jan 12, 2017 16:37:37 GMT
Hai semua, saya nak berkongsi tentang tajuk dari perbentangan kumpulan saya, iaitu tentang sistem kasta. disini saya akan fokus kepada kaum India di Malaysia.. kita semua tahu India masih mengamalkan sistem kasta di dalam bangsa mereka dan ia merupakan isu yang sangat sensitif untuk dibincangkan. Sistem kasta adalah dan masih merupakan alat untuk menundukkan orang-orang yang dianggap lebih rendah mengikut kelahiran. Idea umum sistem kasta adalah bahawa semua manusia dilahirkan tidak sama rata dan ia saling berkaitan dalam agama Hindu. Dikatakan bahawa kasta atas datang dari bahagian-bahagian badan atas makhluk purba / tertinggi dan kasta rendah muncul dari bahagian-bahagian badan yang lebih rendah makhluk purba / besar. Di India, rakyat kasta rendah tidak dibenarkan masuk ke kuil, gereja dan masjid, tidak boleh berkongsi air dari telaga dan sungai dan jika orang kasta rendah melalui rumah orang kasta yang atas, dia perlu membuang kasut dan berjalan tanpa kasut di seluruh rumah atau jalan. Manakala di Malaysia pula, ada orang India tertentu yang tidak akan makan atau minum air di rumah rakan-rakan yang "kasta rendah", ini kerana orang kasta rendah sering dilihat sebagai kurang bersih dan ini berlaku dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan budaya seperti kita. sistem kasta di sini adalah yang paling ketara apabila ia datang kepada perkahwinan India. Dan, kulit cerah secara langsung dikaitkan dengan kasta tinggi.Setakat ini, kaum India di Malaysia masih dibelenggu dengan isu-isu asas isu kad pengenalan, peluang pekerjaan, sekolah Tamil, kemiskinan, pekerja ladang yang hilang, kerusi universiti, ketagihan arak, gangsterisme, dan lain-lain. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa yang berkahwin dalam kasta seseorang akan memelihara kecerdasan dan kualiti yang diingini dalam generasi seterusnya. Untuk memastikan pemeliharaan ketulenan kasta, budaya India berkahwin dengan sepupu dan saudara-saudara ibu mereka. perkahwinan diantara kasta yang tinggi dan rendah amat dielakkan oleh kaum India di Malaysia demi menjaga kesucian kasta keluarga mereka. salam. saya pula akan bincangkan serba sedikit mengenaikan bentuk sistem politik melayu tradisional sebelum penjajah british. sistem politik melayu pada ketika dahulu berbentuk feudal atau heiraki. ianya mempunya 3 peringkat iaitu negeri, daerah dan kampung. namun daripada 3 peringkat ini ianya akan dibahagikan kepada 2 golongan pula iaitu golongan pemerintah dan guna diperintah. bagi golongan pemerintah iaya terdiri daripada raja/sultan, pembesar dan penghulu. manakala bagi golongan sebaliknya terdiri daripada rakyat biasa dan hamba.
|
|
|
Post by Nur Fatin Yahawa on Jan 12, 2017 16:40:12 GMT
Perkahwinan merupakan adalah penting untuk agama dan juga sosial praktis. Perkahwinan juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara keluarga. Terdapat pelbagai adat perkahwinan dalam masyarakat melayu antaranya ialah "merisik atau menengok", meminang, bertunang, berinai seperti berinai curi, berinai kecikdan berinai besar, bersanding. Adat berinai merupakan satu adat daripada masyarakat hindu. Kebanyakan adat dalam masyarakat melayu telah diubah ataupun kurang digunakan. Contohnya seperti malam berinai, masyarakat masa kini menjadikan malam berinai sebagai satu festival untuk berkumpul dan mengenakan atau memilih tema dan pelamin yang sesuai.Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Dalam adat india pula terdapat 7 langkah perkahwinan, anataranya jaimala, kanyadanmadhupak, havan,rajahan, gath bandhandan mangalphera. assalamualaikum sharil...saya bersetuju dengan sharil..dimana perkahwinan melayu yang mengadaptasikan unsur-unsur budaya yang pelbagai di malaysia hasil daripada pergaulan, perkahwinan campur dan sebagainya, dimana budaya ini dapat diterima baik oleh golongan masayarakat berbilang kaum. antara budaya masyarakat india yang di adaptasikan dalam perkawinan melayu ialah upacara berinai untuk menyiapkan pengantin dengan inai yang dikatakan untuk memberi seri kepada pengantin dan lambang melangkah ke alam perkahwinan bersama suami. juka dilihat pada masa kini, upacara malam berinai diadakan secara besar besaran dan merupakan acara wajib dalam majlis perkahwinan. selain itu, upacara persandingan di atas pelamin juga merupakan budaya masyarakat india yang menjadi kewajipan di majlis persandingan masyrakat Melayu masa kini.
|
|
|
Post by Nur Fatin Yahawa on Jan 12, 2017 17:05:42 GMT
i would like to share some information and thought on multi-cultural in our Malaysian education. Based on my reading, as many scholars have agreed, multiculturalism proclaims cultural equality. The drive towards multiculturalism and education has gained incredible thrust over the past twenty years (Isa, 2016). The tremendous variety of cultural, ethnic, religious and socioeconomic clusters in school today calls for multicultural education programs that reflect understanding and respect for other people differences. Living in multicultural society requires a high level of understanding and respectfulness to those from other cultures. According to Abdul Razak (2005), Razak Report in 1956 stated that good education supposed to produce diversity in Malaysia, and also encourage understanding of different cultures and way of life. one of the best ways to inculcate this value is through arts education. According to Chalmers (1996) art is a powerful, pervasive force that helps to shape attitude, beliefs, values and behaviors. Thus, art is not just an ordinary subject. The teaching of art in schools or in higher learning institutions, in any part of the world, is varied from one place to another. However, in my opinion, I believe that our Malaysian education is still lack in multicultural integration at national elementary schools. Based on my observation, most elementary schools in Malaysia are not really reflecting multicultural education in their school’s instruction and assessment. For instance, based on my very own experience, all of my primary schoolmates are Malays although there have other races like Chinese and Indians community around that school perimeter. However, they prefer National-type schools like SJK (C) and SJK (T) compared to mixed schools (SK) because they afraid of their children survival in multiracial schools. Therefore, I agree with that teachers should promote more multicultural education in Malaysia elementary schools to share national unity. Any of you agreed with it? salam suffi...The differences and similarities in culture are explained in its two common theories of culture involving the concept of convergence and divergence. Based on the research that has been done by Dahlia (2008) in her study “Cultural Dimensions among Malaysian Employees”, this study only focusing on several aspect that related on value and believe at the workplace among three dominant races in Malaysia which is Malay, Chinese and Indian. From the finding, it showed that the three dominant races in Malaysia which is Malay, Chines and Indian have similarity in term of politeness in workplace. The data showed that the Malay’s cultural value focusing on build individual personal identity that displaying proper etiquette. from this study we can see that by using the multicultural and emphasize it in our education system it may give positive effects to our education system in line with our multicultural community.
|
|
|
Post by Nur Fatin Yahawa on Jan 12, 2017 17:17:50 GMT
Salam. Berikutan arus perdana yang semakin rancak, perlunya pemeliharaan dan pemuliharaan barangan tradisional seperti perhiasan lama yang berupa perhiasan emas. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang meliputi sebilangan besar kaum Melayu, Cina, dan juga India memperkayakan lagi identiti Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Oleh yang demikian, perhiasan lama yang diwarisi dari setiap kaum juga mempunyai keistimewaan dan perlambangan yang tersendiri. Sebagai contoh, Melayu dengan dokoh, cucuk sanggul, pending. Manakala China juga menggunakan ccuk sanggul yang juga telah memberi pengaruh kepada cucuk sanggul Melayu.Seterusnya, Kaum india yang kaya dengan perhiasan yang berunsur alam dan juga ketuhanan. Unsur alam yang paling ketara adalah penggunaan motif merak, bunga-bungaan. Unsur ketuhanan seperti perlambangan kepada kekuasaan dewa yang mana membawa tuah serta perlindungan kepada si pemakai.Manakala perhiasan china pula lebih berunsur kepada jed. Namun begitu, masih ada sebilangan masyarakat China yang mengenakan emas sebagai perhiasan.Selain itu, perhiasan China lebih mengarah kepada yin dan yang kehidupan seseorang. Sebangai contoh, PEnggunaan batu permata yang berwarna biru firus membawa maksud kesejahteraan. Sehubungan itu, semua perhiasan ini seharusnya dikekalkan identitinya kerana generasi akan datang dikhuatiri terpinggir serta membawa identiti yang semakin tidak dikenali. Sebagai contoh, perhiasan emas Melayu yang diukir halus berinspirasikan flora semakin dilupakan berikutan penerapan motif-motif moden di dalam seni halus yang melibatkan pembuatan emas. Justeru, untuk mengelakkan hal ini daripada berterusan berlaku yang mana diyakini semakin digemari seharusnya, pembuatan seni halus yang dilakukan oleh juru tukang seharusnya dipantau agar setiap unsur yang diterapkan walaupun sudah dimodenkan seharusnya masih dalam kedaan mengekalkan identiti bangsa. Namun demikian, pertembungan budaya yang diserap masuk ke Malaysia semakin diterima. Oleh yang demikian, perlunya pendidikan yang menekankan isu kebangsaan walaupun pembawakan budaya luar semakin galak kini. salam farahin....barangan perhiasan melayu lama seperti pending sudah makin tidak dipakai dan digayakan akibat daripada arus kemodenan dan fesyen terkini yang menyebabkan pengayaan pending kurang diberi perhatian melainkan pada acara rasmi sahaja. seperti yang kita ketahui pemakaian pending pada zaman dahulu digunakan majlis diraja, majlis rasmi dan juga perkahwinan. pemakaian pending semakin dilupakan kerana pada zaman dahulu pending digunakan untuk mengikat kain tetapi pada zaman kini pending digantikan dengan penggunaan tali pinggang yang lebih senang dan mudah untuk dipakai. selain itu, faktor bentuk pending yang kompleks dan traditional menyebabkan ianya kurang diminati kerana tidak seiring dengan pemakaian moden. pending haruslah dikomersialkan kembali oleh pereke feyen dalam menggabungkan pemakaian pending dengan busana moden di atas pentas peragaan. selain itu pereka barangan kemas dan perhiasan boleh mengaplikasikan design dan bentuk pending kepada esign yang lebih moden supaya pending kekal sebagai alat perhiasan diri masyarakat melayu.
|
|
Muhammad Suffi Bin Yahaya
Guest
|
Post by Muhammad Suffi Bin Yahaya on Jan 14, 2017 10:09:36 GMT
Hai semua, saya nak berkongsi tentang tajuk dari perbentangan kumpulan saya, iaitu tentang sistem kasta. disini saya akan fokus kepada kaum India di Malaysia.. kita semua tahu India masih mengamalkan sistem kasta di dalam bangsa mereka dan ia merupakan isu yang sangat sensitif untuk dibincangkan. Sistem kasta adalah dan masih merupakan alat untuk menundukkan orang-orang yang dianggap lebih rendah mengikut kelahiran. Idea umum sistem kasta adalah bahawa semua manusia dilahirkan tidak sama rata dan ia saling berkaitan dalam agama Hindu. Dikatakan bahawa kasta atas datang dari bahagian-bahagian badan atas makhluk purba / tertinggi dan kasta rendah muncul dari bahagian-bahagian badan yang lebih rendah makhluk purba / besar. Di India, rakyat kasta rendah tidak dibenarkan masuk ke kuil, gereja dan masjid, tidak boleh berkongsi air dari telaga dan sungai dan jika orang kasta rendah melalui rumah orang kasta yang atas, dia perlu membuang kasut dan berjalan tanpa kasut di seluruh rumah atau jalan. Manakala di Malaysia pula, ada orang India tertentu yang tidak akan makan atau minum air di rumah rakan-rakan yang "kasta rendah", ini kerana orang kasta rendah sering dilihat sebagai kurang bersih dan ini berlaku dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan budaya seperti kita. sistem kasta di sini adalah yang paling ketara apabila ia datang kepada perkahwinan India. Dan, kulit cerah secara langsung dikaitkan dengan kasta tinggi.Setakat ini, kaum India di Malaysia masih dibelenggu dengan isu-isu asas isu kad pengenalan, peluang pekerjaan, sekolah Tamil, kemiskinan, pekerja ladang yang hilang, kerusi universiti, ketagihan arak, gangsterisme, dan lain-lain. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa yang berkahwin dalam kasta seseorang akan memelihara kecerdasan dan kualiti yang diingini dalam generasi seterusnya. Untuk memastikan pemeliharaan ketulenan kasta, budaya India berkahwin dengan sepupu dan saudara-saudara ibu mereka. perkahwinan diantara kasta yang tinggi dan rendah amat dielakkan oleh kaum India di Malaysia demi menjaga kesucian kasta keluarga mereka. Assalamaulaikum, sy ingin kongsikan sedikit info berkenaan kasta India dari sudut politik di Malaysia. Di Malaysia amalan kasta masih diamalkan oleh masyarakat India walaupun tidak sehebat di India. Antara amalan yang diamalkan di sini ialah wujud pertubuhan atau persatuan (NGO) yang mengamalkan budaya kasta dan mereka sering dibantu oleh kerajaan melalui wakil rakyat, bellia dan sebagainya, diskriminasi terhadap kasta rendah dalam mendapatkan pekerjaan, pangkat dan kedudukan dalam institusi masyarakat, halangan perkahwinan oleh keluarga sekiranya mendapat tahu anak ingin berkahwin dengan pasangan dari kasta lain, wujudnya perpecahan dalam Mic sehingga wujudnya IPF yang terdiri daripada golongan India kasta rendah dan wujudnya Hindraf yang menuduh kerajaan menindas dan menghapuskan kaum India.
|
|
Muhammad Suffi Bin Yahaya
Guest
|
Post by Muhammad Suffi Bin Yahaya on Jan 14, 2017 10:22:32 GMT
Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi tentang konsep silang budaya di Malaysia terutamanya dalam pendidikan di sekolah. Perbezaan yang wujud di antara manusia itu sangat indah dan menarik. Silang budaya - berdasarkan definasi silang budayaberkaitan dengan perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Terdapat pelbagai kaum di Malaysia. Contohnya kaum India, Cina, Melayu dan orang asli. Namun kehidupan rakyat yang pelbagai masih mengekalkan keamanan negara malaysia. Hal ini jelas membuktikan sebilangan besar rakyat maalysia telah memupuk nilai keterbukaan dalam diri masing-masing. Nilai ini sangat penting kerana dalam menjalani kehidupan masyarakat yang majmuk amat sukar jika kita masing-masing mementingkan diri sendiri. Kesannya kita dapat lihat apabila keharmonian antara masyarakat akan menjadi kucar-kacir disebabkan masyarakat tidak prihatin dengan sensitiviti sesuatu kaum yang terdapat di sekeliling kita. Silang budaya di Malaysia berlaku apabila; - Perkahwinan diantara kaum yang berbeza - Pergaulan yang positif antara pelbagai kaum - Pembelajaran mengenai kaum-kaum di Malaysia - Konsep 1 Malaysia - Perayaan PERKAHWINAN DIANTARA KAUM YANG BERBEZA - Kahwin campur adalah suatu keadaan yang bukan janggal di kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Secara umumnya, masyarakat dapat menerima hakikat bahawa kahwin campur kerana ia dapat memperkaya masyarakat serta dapat mengukuhkan hubungan antara kaum. Kahwin campur boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama. Contoh jelas yang dapat dilihat apabila seorang lelaki melayu berkahwin dengan seorang perempuan india atau perempuan melayu berkahwin dengan lelaki keturunan cina atau pun contoh lainnya ialah perkahwinan kaum antara kaum orang asli yang berbeza etnik PERGAULAN YANG POSITIF ANTARA PELBAGAI KAUM - Silang budaya juga boleh berlaku dengan wujudnya pergulan yang positif antara kaum. Contah pergaulan yang positif antara kaum adalah gotong-royong, belajar secara berkumpulan di sekolah, melibatkan diri dengan sambutan rumah terbuka, kerja berpasukan dalam sukan dan permainan dan banyak lagi PEMBELAJARAN MENGENAI KAUM-KAUM DI MALAYSIA - Seperti yang kita sedia maklum di sekolah, kerajaan telah mewujudkan mata pelajaran pendidikan moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kedua-dua mata pelajaran ini adea membincangkan mengenai budaya-budaya dan adat resam kaum-kaum di Malaysia. Kesannya semua pelajar telah terdedah dengan nilai-nilai masyarakat yang terdpat di Malaysia.KONSEP 1 MALAYSIA - Kerajaan juga amat mempengaruhi persilangan budaya di Malaysia. Contohnya, Perdana menteri Malaysia telah melancarkan konsep 1 Malaysia. Konsep satu Malaysia ini memupuk semua kaum di malaysia agar tidak mewujudkan jurang antara kaum. Hal ini amat penting kerana peristiwa 13 Mei telah banyak memberi pengajaran kapada semua rakyat Malaysia. Oleh itu konsep satu malaysia ini diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia agar keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. Selain itu,semua rakyat malaysia mestilah bersatu hti walaupun latar belakang yang pelbagai. PERAYAAN - Masyarakat yang majmuk di Malaysia telah mewujudkan pelbagai agama dan perayaan yang dirayakan. Oleh itu budaya rumah terbuka sering dimalkan apabila tibanya musim perayaan contohnya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan Hari Krismas. Rumah terbuka ini diraikan dengan meriah dengan kehadiran pelbagai kaum. Melalui aktiviti kunjung-mengunjung ini, hubungan antara kaum akan dapat dieratkan. Setiap rakyat Malaysia juga berpeluang mempelajari dan menghayati perayaan pelbagai kaum di Malaysia. Assalamualaikum semua. Melihat pada faktor PEMBELAJARAN MENGENAI KAUM-KAUM DI MALAYSIA, bg pendapat sy, saranan untuk mengadakan pendidikan silang budaya dlm sistem pendidikan negara bg mempertingkat perpaduan kaum yang kian rapuh bukan sahaja perlu dialu-alukan. Ia juga hendaklah dilakukan segera memandangkan wujudnya polarisasi kaum yg serius di sekolah, institusi pengajian tinggi dan tempat bekerja akibat pengasingan etnik yang dibenarkan dalam sistem pendidikan kita. Sebenarnya pendidikan sedemikian tidak pun diperlukan jika sistem pendidikan kita mewajibkan percampuran etnik. Pergaulan Ini kerana pergaulan yg bermula d sekolah rendah itu akan terus berkekalan sehingga dewasa kelak atas dasar kanak-kanak yang belajar bersama-sama sewaktu kecil didapati akn mengekalkan persahabatan itu apabila besar n sampai ke tua pula. Namun dengan tiadanya sistem begitu yang bukan sahaja menggalakkan pergaulan, tetapi yang sememangnya mampu mewujudkan perpaduan secara semula jadi, pendidikan silang budaya ini sangat diperlukan. Walaupun ia mungkin dipelajari sesetengah pihak untuk tujuan ujian dan peperiksaan semata-mata, sekurang-kurangnya ia akan mendedahkan pelbagai persamaan dan perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang berlainan warisan budaya itu di tiga wilayah berbeza.
|
|
Muhammad Suffi Bin Yahaya
Guest
|
Post by Muhammad Suffi Bin Yahaya on Jan 14, 2017 10:30:53 GMT
Perkahwinan merupakan adalah penting untuk agama dan juga sosial praktis. Perkahwinan juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara keluarga. Terdapat pelbagai adat perkahwinan dalam masyarakat melayu antaranya ialah "merisik atau menengok", meminang, bertunang, berinai seperti berinai curi, berinai kecikdan berinai besar, bersanding. Adat berinai merupakan satu adat daripada masyarakat hindu. Kebanyakan adat dalam masyarakat melayu telah diubah ataupun kurang digunakan. Contohnya seperti malam berinai, masyarakat masa kini menjadikan malam berinai sebagai satu festival untuk berkumpul dan mengenakan atau memilih tema dan pelamin yang sesuai.Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Dalam adat india pula terdapat 7 langkah perkahwinan, anataranya jaimala, kanyadanmadhupak, havan,rajahan, gath bandhandan mangalphera. Assalamualaikum. Tertarik dgn topik ini, sy ingin menyentuh sikit ttg budayaa khwin campur di kalangan masyarakat di Malaysia. Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antaradua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau bangsa yang juga dipanggilEpistonolgical. Perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara negara, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan SultanMansur Shah. Oleh itu, perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia.Masyarakat majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak dulu hingga kini. Ada keistimewaannya apabila berkahwin campur ini. Antaranya ialah, melahirkan baka atau genetik yang baik, mengeratkan hubungan keluarga, keharmonian kaum, dan meluaskan kenalan keluarga dan pandangan hidup.
|
|